21Oktober2018

UMNO Sabah tetap setia bersama UMNO Pusat...- Salleh

UMNO Sabah menghormati keputusan Parti-Parti Sarawak untuk keluar dari BN atas alasan-alasan yang dinyatakan. Kita ucapkan selamat berjuang .
 
Di Sabah, masih ramai ahli-ahli dan penyokong-penyokong parti yang masih setia dengan perjuangan UMNO. Mereka telah bekerja keras untuk memenangkan calun calun BN semasa PRU 14. Kita tidak akan meninggalkan UMNO Malaysia hanya kerana kegagalan membentuk Kerajaan.

Setiakawan mesti kita pelihara. Kita harus terus memperkukuhkan parti sebagai pilihan alternatif kepada rakyat. Apa pun tindakan yang diambil semestinya melalui muafakat antara kita. Tindakan tergopoh-gopoh akan merugikan kita.
 
Ketika ini kita tumpukan untuk menentukan proses pemilihan kepimpinan parti yang berlangsung pada 30 Jun akan berjalan lancar.
 
Berbeza pendirian politik bukannya satu kesalahan dan tidak semestinya bermusuh. Kita amalkan politik matang demi Negara dan Rakyat Malaysia tercinta.
 
Salleh Said Keruak 
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah
13/6/2018
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 474  tetamu dalam talian