20September2018

UMNO lantik pasukan peguam tuntut dana politik RM116.7 juta disita polis

Ibupejabat UMNO sudah melantik pasukan peguam untuk membuat tuntutan keatas dana politik RM116.7 juta yang disita oleh polis di premis yang ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
 
Ketua Unit Undang UNdang UMNO,Datuk Seri Azalina Othman Said memberitahu menerusi satu kenyataan Rabu Tetuan Scivetti  & Associates akan urusnya bersama sepasukan peguam diketuai Datuk Hariharan Tara Singh.
 
Katanya mereka akan meniliti segala isu perundangan berkaitan dengan tuntutan dana itu.
 
Pasukan peguam itu berharap mana mana pihak tidak buat spekulasi yang tidak sewajarnya terhadap perkara itu.
 
Wang dana politik itu disita semasa serbuan polis dimana turut disita ialah barang kemas dan lain-lain.
 
Najib telah memberitahu wang berkenaan adalah baki dana diguna masa PRU14 yang hendak dikembalikan kepada UMNO.
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun memberitahu pihak berkenaan perlu membuat permohonan rasmi menerusi proses perundangan kepada PDRM mengenai sebarang tuntutan wang atau barangan yang disita.- 11/7/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 432  tetamu dalam talian