25September2018

UMNO belum buat pendirian mengenai PRK Port Dickson…tunggu 24 September

Keputusan samaada UMNO akan bertanding atau tidak pada pilihanraya kecil kwasan Parlimen Port Dickson akan dibuat pada mesyuarat Biro Politik parti pada 24 September ini.
 
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa kata setakat ini UMNO belum ada apa apa keputusan atau pendirian mengenainya.
 
Dalam satu kenyataan Jumaat beliau berkiata oleh yang demikian Sebarang kenyataan atau pendapat yang diutarakan oleh mana mana pemimpin atau ahli UMNO berkaitan PRK Port Dickson adalah dianggap sebagai pendapat peribadi.
 
Menurut Annuar pendirian resmi UMNO hanya akan di keluarkan oleh ibu pejabat parti atau Presiden pada masa difikirkan sesuai.-14/9/2018
 
 
 
BERIKUT KENYATAAN PENUH  SETIA USAHA AGUNG UMNO MALAYSIA
 
 
 
UMNO mengambil perhatian tindakan mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson bertujuan memberi laluan kepada Y.A.Bhg Dato Seri Anwar Ibrahim bertanding mewakili PKR/PH di kawasan Parlimen berkenaan
 
Dalam hubungan ini di pihak UMNO belum ada apa apa keputusan atau pendirian sama ada UMNO akan meletakkan calun atau tidak bagi PRK berkenaan,sehingga biro politik UMNO bermesyuarat pada 24hb sept akan datang.
 
Adalah di jangkakan BN juga akan mengadakan mesyuarat selepas itu
 
Oleh yg demikian,Sebarang kenyataan atau pendapat yg di utarakan oleh mana mana pemimpin atau ahli umno berkaitan PRK PD adalah di anggap sebagai pendapat peribadi masing masing dan mereka berhak dan tidak di halang berbuat demikian
 
Pendirian resmi UMNO hanya akan di keluarkan oleh ibu pejabat parti atau Presiden pada masa di fikirkan sesuai.
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 552  tetamu dalam talian