25September2017

TPM mahu aspek keselamatan pusat tahfiz dipatuhi...jamin tak campurtangan pentabiran

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi yang melawat Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur mahu kejadian terbaru yang korbankan 23 orang wujudkan kesedaran bahawa aspek keselamatan wajib dipatuhi.
 
Beliau akui kesulitan pihak berkuasa nak selaraskan aspek keselamatan kerana adanya rasa curiga kononnya kerajaan nak ambilalih atau campurtangan dalam urusan pentabiran pusat-pusat tahfiz.
 
Bercakap dalam sidang akhbar di lokasi itu Zahid beri jaminan kerajaan tidak berhasrat nak campurtangan atau ambilalih pentabiran dalam usaha nak menyelaras aspek keselamatan.
 
Katanya rekod menunjukkan sejak 2011 sebanyak 31 kes kebakaran berlaku di pusat-pusat tahfiz. 
 
Timbalan Perdana Menteri kata pada bulan Mei lalu beliau sendiri telah melancarkan program bomba sukarela untuk pusat tahfiz dan sekolah agama rakyat.
 
Namun katanya ada kalangan pusat tahfiz dan sekolah agama rakyat yang khuatir kononya kerajaan mahu campurtangan atau ambilalih pentabiran sekolah berkenaan.
 
"Kita hanya melihat dari aspek keselamatan,"katanya.

Beliau berkata kerajaan akan beri bantuan sewajarnya kepada mangsa kejadian.
 
Menurutnya keutamaan kini adalah untuk mengenalpasti identiti 23 mereka yang terkorban dalam kejadian itu. 
 
Zahid terus ke Datuk Keramat sejurus tiba dari lawatan ke Sibu,Sarawak.
 
Sementara itu ketika bercakap dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Sibu beliau berkata  pusat tahfiz yang terbakar di Datuk Keramat  tidak berdaftar dengan Kementerian Pendidikan.
 
Timbalan Perdana Menteri berkata semakan juga akan dibuat sama ada pusat tahfiz itu berdaftar dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, atau mana-mana yayasan.
 
"Ini bukan pertama kali, kita amat prihatin, kita tahu setiap dua atau tiga tahun ada saja kejadian insiden kebakaran atau kejadian seperti ini, kejadian struktur bangunan yang runtuh di sekolah-sekolah ini," katanya.
 
Beliau berkata kerajaan menghormati dan berpegang teguh dengan pendirian bahawa hal agama, termasuk berkaitan sekolah agama rakyat, termaktub di bawah pentadbiran kerajaan negeri, manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula memantau dan menyalur bantuan tertentu dengan baik.
 
"Tapi kita lihat memang ada tahap piawaian keselamatan di sekolah-sekolah ini yang tidak dipatuhi, seolah-olah ada kedegilan di kalangan mereka yang melihat seolah-olah kerajaan nak campur tangan dalam urusan mereka," katanya
 
Kebakaran pada 5.15 pagi itu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru. Madrasah tiga tingkat itu menempatkan 36 pelajar dan enam guru.
 
Zahid berkata kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap tahap keselamatan pelajar di sekolah-sekolah dalam negara, baik yang dikendalikan penuh oleh kementerian, mahupun yang dikendalikan oleh pihak swasta dan persendirian.
 
Katanya sebagai sebuah pentadbiran yang prihatin, kerajaan sentiasa mengambil berat dan tidak akan berkompromi dengan sebarang malapetaka, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kehilangan nyawa.- 14/9/2017
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 408  tetamu dalam talian