15November2018

Tiada langkah kerjasama UMNO-PKR, tumpu perjuang isu rakyat...-Zahid

Tiada sebarang langkah untuk mewujudkan kerjasama di antara UMNO dan PKR, ujar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 
Sebaliknya ujar Ahmad Zahid, tumpuan utama bagi UMNO ketika ini adalah untuk menguatkan lagi blok pembangkang dalam memperjuangkan isu rakyat. 
 
“Kita (UMNO) tak buat sebarang langkah tetapi kita terus perkukuhkan barisan pembangkang dalam gagasan pembangkang untuk membawa isu-isu rakyat.
 
“Kita amat yakin bahawa isu-isu ini adalah perkara yang menjadi keresahan rakyat,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen Selasa.
 
Selain itu, Ahmad Zahid turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kemenangan dalam pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson.
 
“Ia adalah pendirian kita sesiapa yang menang dalam kerusi PRK, kita ucap tahniah dan semoga beliau dapat menyumbang usaha demokrasi,” kata ahli parlimen Bagan Datuk itu.
 
Anwar pada Sabtu lalu menang PRK Port Dickson yang tidak ditandingi calon UMNO.-16/10/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1089  tetamu dalam talian