20Ogos2017

Cubaan rampasan kuasa sekumpulan tentera Turki dipatahkan...161 terbunuh

KEMASKINI : Cubaan rampasan kuasa satu kumpulan tentera yang telah mencetuskan suasana tidak menentu di Turki berjaya dipatahkan.

Satu kenyataan Kementerian Luar Turki sekitar tengahhari waktu Malaysia kata Presiden Erdogan kekal berkuasa.

Menurutnya sebahagian besar angkatan tentera Turki tidak terlibat dalam cubaan berkenaaan yang bermula lewat Jumaat malam.

Seramai lebih 2,800 kalangan anggota tentera yang terlibat dan cubaan itu diberkas.

Selain itu ramai juga yang telah menyerah diri.

Sebelum itu Presiden Erdogan terbang ke Istanbul dari tempat percutian beliau dan menyifatkan cubaan rampasan kuasa kitu satu penderhakaan.

Beliau menyeru rakyat Turki keluar menentang cubaan itu.

Ribuan rakyat Turki kelihatan keluar untuk 'gempur ' anggota tentera yang terlibat di jalanan di Istanbul.

Ada yang beraksi berdiri di depan kereta kebal dan mengambil langkah-langkah untuk membantah cubaan berkenaan.

Seramai 161 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 1,400  yang cedera dalam beberapa pertempuran kecil secara berasingan sepanjang tempoh cubaan rampasa kuasa itu.


 




BERITA AWAL....Tentera Turki lancar rampasan kuasa... rakyat, pemimpin dunia bersama Erdogan



Perhatian dunia kini bertumpu ke Turki.Keadaan di negara itu tidak menentu.Satu kumpulan dalam tentera Turki yang melibatkan beberapa jeneral berpengaruh melancarkan rampasan kuasa lewat Jumaat malam  .Suasana antara lain menyaksikan tentera mengambil alih jalan-jalan utama, lapangan terbang dan stesen television.

Bagaimanapun kerajaan yang dipimpin oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan berikrar untuk BERTAHAN dan MENYELESAIKAN kudeta tersebut.Pada masa yang sama rakyat Turki dan para pemimpin dunia menyuarakan sokongan pada kerajaan pimpinan Erdogan.

Presiden Obama berkata, beliau dan Setiausaha Negara Amerika John Kerry bersetuju bahawa semua pihak dalam Turki harus menyokong kerajaan Erdogan.

Tentera Turki yang menyokong Erdogan dakwa hanya sebahagian kecil faksi tentera yang melakukan kudeta tersebut.

Dipercayai sebahagian daripada tentera darat yang bertanggungjawab di Istanbul dan barat Turki adalah dalang di sebalik cubaan rampasan kuasa ini.

Tentera yang sokong kerajaan yakin kumpulan tersebut akan gagal dan "tiada apa yang perlu dibimbangkan".

Dalam pada itu rakyat negara itu telah keluar ke jalan melakukan halangan kepada kereta-kereta kebal tentera dan ada yang membalutnya dengan bendera Turki.

Media dan internet cuba disekat oleh perampas kuasa namun tidak berjaya.

Presiden Erdogan tampil di beberapa media utama berikrar pihak yang merampas kuasa akan membayar "harga yang sangat tinggi" atas cubaan itu.

Jet-jet pejuang kelihatan terbang rendah di ibu negara manakala orang ramai mendapatkan perlindungan di rumah masing-masing.

Wartawan AFP melaporkan, letupan kuat berlaku pada malam Jumaat walaupun ia tidak jelas apa yang menyebabkan letupan itu terjadi.

Ketua tentera Turki, Hulusi Akar menjadi tahanan di ibu pejabat tentera di ibu negara Ankara selepas percubaan untuk menjatuhkan kerajaan, lapor agensi berita Anadolu.

Stesen penyiar TRT pula melaporkan tentera telah mengisytiharkan undang-undang tentera dan perintah berkurung, dalam satu kenyataan yang ditandatangani oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai "Majlis Keamanan Tanah Air".

Jambatan Bosphorus dan Fatih yang menghubungkan antara Asia dan Eropah telah ditutup.

"Kuasa di negara ini telah dirampas secara keseluruhan," kata satu kenyataan tentera dipetik oleh media Turki.

Ia berkata rampasan kuasa itu telah dilancarkan untuk memastikan dan mengembalikan perintah perlembagaan, demokrasi, hak asasi manusia dan kebebasan dan membiarkan keluhuran undang-undang di negara ini diguna pakai, selain memulihkan apa-apa perkara yang menggugatkan negara.

"Bagaimanapun semua perjanjian dan komitmen antarabangsa masih dikekalkan seperti biasa dan berharap hubungan baik dengan negara-negara lain akan terus berkekalan,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu Erdogan menggesa orang ramai untuk turun ke jalan bagi menentang rampasan kuasa yang dilancarkan.

"Saya percaya bahawa komplot rampasan kuasa tidak akan Berjaya. Saya menggesa rakyat Turki untuk berhimpun di dataran awam dan lapangan terbang. Saya tidak pernah percaya kepada kuasa yang lebih tinggi daripada kuasa rakyat,” katanya ketika bercakap melalui telefon mudah alih dalam reaksi pertamanya selepas rampasan kuasa dilakukan angkatan tentera Turki.

Erdogan berkata beliau masih presiden dan ketua komander Turki dan memaklumkan bahawa pihak yang melakukan komplot akan membayar "harga yang sangat tinggi" bagi menggulingkan kerajaan.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa presiden sedang bercuti di resort Mediterranean di Marmaris.

Siaran televisyen menunjukkan kereta kebal dikerahkan di luar lapangan terbang Ataturk di Istanbul. Laporan menyatakan bahawa penerbangan ke lapangan terbang itu telah dihentikan.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah diberi taklimat, dengan jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Amerika Syarikat iaitu Ned Price berkata pasukan keselamatan negara telah memaklumkan kepadanya tentang keadaan yang berlaku di Turki.

Kesatuan Eropah (EU) pula diminta agar menghormati institusi demokrasi di Turki manakala jirannya Greece pula akan mengikuti kejadian berkenaan dengan teliti.

Sementara itu Perdana Menteri, Binali Yildirim berkata, satu kumpulan dari dalam tentera telah digunakan untuk cubaan melakukan rampasan kuasa namun beliau tidak mengulas lanjut.-16/7/2016


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 791  tetamu dalam talian