14Disember2018

Tengku Razaleigh tetap yakin pada UMNO...

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau masih ada keyakinan yang tinggi terhadap UMNO di sebalik tindakan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar parti itu.
 
Menurut beliau, UMNO sebagai sebuah parti yang lama dan telah menempuh pelbagai liku mencorak sejarah panjang pembinaan negara, ketika ini sedang melalui fasa pemulihan.
 
Bagaimana pun, beliau yang mesra dengan panggilan Ku Li percaya perubahan dalam parti adalah sesuatu yang sangat diperlukan.
 
“UMNO perlulah belajar daripada kesilapan, kita tidak selalunya betul,” kata veteran UMNO itu ketika dihubungi Astro AWANI Selasa.
 
Mengenai tindakan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar UMNO, Ku Li menyifatkan ia sebagai hak selaras dengan prinsip demokrasi.
 
“Dalam demokrasi, itu adalah hak beliau sekiranya beliau tidak lagi bersama dengan kepimpinan parti.
 
“Apa yang perlu dilakukan oleh kepimpinan parti ialah pastikan pemimpin-pemimpin sedia ada kekal bersama dalam perjuangan, dengar suara rakyat dan berubahlah,” ujarnya.- 18/9/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 525  tetamu dalam talian