17Oktober2018

Tengku Adnan jelaskan mengenai perjumpaan tertutup BN - CPC

Perjumpaan tertutup tidak rasmi antara Barisan Nasional (BN) dan Communist Party of China (CPC)  bukanlah perkara baru ketika berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO.Malah ia pernah diadaka n beberapa kali sejak dulu lagi.

Namun ada pihak yang tidak tahu latar belakang hal ini sudah putar untuk beri gambaran negatif.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata CPC merupakan parti pemerintah yang setiap tahun dijemput untuk menghadiri perhimpunan agung tersebut sebelum era pentadbiran Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak lagi.

Pada pertemuan yang berlangsung di Hotel Istana pada 7 Dis lepas itu, BN diwakili oleh Setiausaha Kerjanya Datuk Seri Abu Khamis bersama pemimpin parti komponen BN yang lain manakala delegasi CPC diketuai oleh Ketua Biro Terjemahan CPC Prof Dr Jia Gaojian.

Dalam pertemuan itu, katanya antara perkara yang disentuh adalah mengenai Rangka Tindakan 30 tahun CPC, program Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi mencapai kedudukan 20 negara terbaik dunia, inisiatif 'One Belt One Road' (OBOR) serta keunikan BN sebagai parti politik pelbagai kaum yang berjaya membentuk Malaysia sejak kemerdekaan.

"Soal ideologi langsung tidak disentuh malah kedua-dua belah pihak menghormati asas pembentukan parti masing-masing," katanya dalam satu kenyataan Selasa.

Tengku Adnan berkata CPC merupakan satu daripada 20 parti politik dari 16 negara yang dijemput bagi menghadiri majlis perasmian dan Ucapan Dasar Presiden UMNO pada perhimpunan agung itu.

"Jemputan kepada parti politik negara luar ke Perhimpunan Agung UMNO bukanlah perkara baharu, sebaliknya telah dibuat saban tahun malah dialog antara BN atau mana-mana parti komponennya dengan parti politik dari luar negara juga bukanlah perkara asing,”ujarnya.- 12/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 419  tetamu dalam talian