10Disember2018

Sultan Johor bagi amaran hanya Bahasa Melayu boleh diguna dalam surat urusan rasmi

Sebelum ini pernah timbul kontroversi mengenai terjemahan surat rasmi Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam bahasa Cina kepada media.
 
Kini yang terbaru kisah seorang Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di Johor yang menggunakan Bahasa Cina dalam urusan surat rasmi MBIP bagi memaklumkan mengenai sebuah majlis dialog.
 
Perbuatan ini yang viral di media sosial telah mencetuskan kemurkaaan Sultan Johor Sultan Ibrahim.
 
Baginda telah mengeluarkan kenyataan pada Selasa menitahkan apa sahaja surat rasmi sama ada membabitkan kerajaan negeri mahu pun pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor seharusnya ditulis dalam Bahasa Melayu.
 
Menurut Baginda jika Ahli Majlis itu tidak tahu jalankan tugas beliau harus letak jawatan.
 
“Apa sahaja urusan surat menyurat membabitkan kerajaan negeri atau Ahli Majlis PBT semuanya mesti dalam Bahasa Melayu kerana ia menggunakan kepala surat rasmi kerajaan negeri walaupun ia berkaitan pemakluman mesyuarat.
 
“Bila masa dalam negeri Johor surat rasmi ditulis dalam dua bahasa,” titah Baginda.
 
Sultan Ibrahim bertitah semua pihak harus menghormati penggunaan Bahasa Melayu dalam sebarang urusan surat rasmi berkaitan kerajaan negeri mahu pun PBT yang digunapakai sejak dahulu di Johor.
 
“Saya sarankan kepada Ahli Majlis, jika tidak tahu buat kerja baik letak jawatan sahaja. Ini amaran saya…, jangan pisang berbuah dua kali,” titah Baginda.- 25/9/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 334  tetamu dalam talian