31Mac2017

Sukarelawan flotila di kem pelarian Rohingya, Kutupalong...

Wajah kegembiraan jelas terpancar pada pelarian Rohingya Kem Kutupalong di Ukhiya kira-kira satu jam setengah dari Cox’s Bazar,selatan Bangladesh ketika sukarelawan misi Flotila ke Myanmar tiba untuk agih bantuan Rabu.
 
Namun terasa sebak melihat penderitaan yang mereka sedang lalui.
 
Ia merupakan kem pertama dilawati misi yang diketuai Datuk Seri Aziz Rahim sehari selepas kapal Nautical Aliya berlabuh di pelabuhan Chittagong untuk fasa dua proses menghantar bantuan kemanusiaan itu.
 
Seramai 25 dari 182 sukarelawan yang dibenarkan pihak berkuasa Bangladesh menyertai lawatan ke kem pelarian Rohingya sebelum itu naik bas sekitar tujuh jam dari Chittagong ke Cox's Bazar.

Kemudian dari situ mereka kem Kutupalong.

Cuma 25 sukarelawan termasuk 15 wakil media dibenar ke kem pelarian kerana masalah keselamatan.
 
Di situ Azeez menyerahkan sebanyak 300 pek keluarga dan kit kebersihan diagihkan kepada 300 keluarga pelarian di kem itu dengan dipantau Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM).

Penyerahan bantuan itu adalah simbolik kepada 2,000 tan bantuan yang disalurkan oleh flotila itu di Bangladesh untuk pelarian Rohingya.

Pengagihan sebenar akan mengambil masa satu hingga dua minggu dan membabitkan pemantauan oleh IOM dan Persatuan Bulan Sabit Merah Bangladeah (BRCS).- 15/2/2017- DARI MOHAMED HIEKAL 
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 687  tetamu dalam talian