27Julai2017

SPRM mula siasat kes FIC Felda beli hotel di London Isnin ini...

Siasatan keatas pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC) yang dipercayai jauh lebih tinggi dari harga asal akan dimulakan Isnin ini.
 
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad kata beberapa individu penting termasuk yang pernah disiasat berhubung Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) sebelum ini akan dipanggil.
 
"Kita sedang menganalisis keperluan untuk memanggil saksi-saksi termasuk yang pernah dipanggil untuk kes FGV bagi membantu siasatan di bawah kes FIC ini.
 
"Berapa ramai individu atau siapa yang akan dipanggil kita tengoklah nanti, buat masa ini kita tidak boleh dedahkan lagi," katanya.
 
Dzulkifli beritahu demikian kepada wartawan selepas menghadiri majlis ramah mesra Aidilfitri SPRM bersama penduduk kaum India di Kapar, di Klang Sabtu.
 
SPRM dalam satu kenyataan Jumaat berkata suruhanjaya itu telah membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel itu antara tahun 2013 dan 2015.
 
Jelas Dzulkifli, siasatan itu bagi mengenal pasti sama ada wujudnya unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam proses pembelian hotel tersebut.- 15/7/2017



 
 
SPRM siasat belian hotel di London oleh FIC Felda dipercayai pada harga jauh lebih tinggi...
 
Siasatan pernah dibuat oleh SPRM keatas belian hotel empat bintang Grand Plaza Kensington terletak di kawasan Bayswaters,London yang berharga RM538 juta oleh Felda Investment Corporation (FIC).
 
Namun pada 2015 SPRM dapati tiada unsur penlewengan.
 
Jumaat, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad keluar kenyataan memberitahu SPRM telah membuka kertas siasatan keatas belian hotel itu antara tahun 2013-2015 setelah memperolehi maklumat baru mengenainya.
 
Katanya maklumat berkenaan diperolehi dalam siasatan terhadap Felda Global Ventures (FGV).
 
Menurut Dzulkifli berdasarkan siasatan awal, FIC dipercayai membeli hotel itu pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan FIC mengalami kerugian jutaan ringgit. 
 
"Siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa dalam proses pembelian hotel itu," katanya.
 
Beliau berkata, beberapa saksi penting akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan sebelum tindakan lanjut diambil.- 14/7/2017
 
 
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 745  tetamu dalam talian