14Disember2018

Skandal tanah Ijok... peneroka fail saman Azmin Rabu ini

113 peneroka tanah di Ijok akan memfailkan saman ke atas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan kerajaan Negeri berhubung skandal penjualan tanah di situ pada Rabu.

Saman tersebut melibatkan soal baki 400 daripada 800 hektar milik peneroka yang dijual dan dirampas secara kontroversi itu.

Peguam yang mewakili peneroka, Datuk Kamarudin Ahmad dalam pada itu mendedahkan, ada pihak tertentu bertindak mengugut peneroka agar tidak meneruskan niat menyaman  Azmin, kerajaan negeri dan MBI atau bakal berdepan kehilangan pampasan rumah serta wang tunai yang dijanjikan sebelum ini.

Dakwanya, pihak yang membuat ugutan itu dipercayai adalah mereka dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Bertindak baharu yang dilantik hasil restu kerajaan negeri untuk mewakili peneroka walaupun tanpa persetujuan majoriti peneroka di Ijok.

“Kita ada dengar peneroka diugut supaya tidak saman kerajaan negeri atau pampasan mereka akan terjejas.

“Nasihat saya, jangan takut dengan ugutan itu kerana tindakan mahkamah diambil mengikut peruntukan undang-undang dan tidak akan menjejaskan pampasan yang telah dipersetujui,” katanya dipetik Utusan.

Mengulas lanjut, Kamarudin memberitahu, setakat ini seramai 113 peneroka yang bersamanya telah bersetuju untuk mengambil tindakan mahkamah dan beliau menjangka jumlah tersebut akan terus meningkat.

“Masih ramai lagi peneroka yang belum jelas tentang isu kerana mereka tinggal di merata tempat termasuk Perak dan Kedah menyebabkan kesukaran untuk menemui mereka,” ujarnya.-13/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 527  tetamu dalam talian