23Oktober2017

Zahid, Shafie, Hishamuddin menang...

naibpresiden-KEMASKINI: 1.45 PAGI- Perwakilan UMNO telah mengundi untuk mengekalkan status qou apabila Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein menang semula untuk penggal kedua jawatan Naib Presiden UMNO.

Keputusan yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Tajol Rosli Ghazali pada pukul 1.30 pagi hari Ahad.

Keputusan ini memang dijangka, cuma kejutannya adalah apabila Shafie Afdal memperolehi 174 undi, kedua tertinggi selepas Zahid 185 dari 191 bahagian.

Persaingan sengit terjadi diantara dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas Hishamuddin mendapat 100 undi manakala Mukhriz 91.

Undi Hishamuddin dan Mukhriz seri di tiga bahagian.Bagaimanapun tidak ada kiraan semula undi berikutan Hishamuddin menang 9 undi yakni lebih dari mencukupi.

Apapun suasana suspen timbul bil aMukhriz bersama abangnya Mokhzani sebelum itu kelihatan berbincang sesuatu dengan Tajol Rosli di bilik makan media aras lima PWTC.

Mereka berada dalam bilik itu kira-kira 15 minit.

Kedua mereka serta sebilangan penyokong datang ke PWTC pada jam 1.05 pagi.

Kemunculan mereka telah mencetuskan pelbagai tandatanya timbul khususnya dikalangan wartawan yang sedang menanti pengumuman rasmi keputusan pemilihan jawatan berkenaan.

Mukhriz yang ditemui wartawan sewaktu tiba berkata beliau datang untuk dengar sendiri pengumuman rasmi keputusan.

Katanya beliau terima macam-macam maklumat dari bahagian-bahagian."Kadang-kadang apa yang dilaporkan oleh media berlainan dari apa yang saya dapat...jadi elok saya datang sendiri...dengar sendiri ( dari Tan Sri Tajol) apa keputusan secara rasminya,"kata beliau.

Sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di PWTC sekitar jam 10 malam.

Mereka beredar pulang pada jam 12.50 pagi.

Ketika itu keputusan kemenangan Zahid dan Shafie sudah sah.

Namun keputusan persaingan antara Hishamuddin dan Mukhriz masih belum dapat diumumkan lagi.

Zahid datang ke PWTC untuk menunggu pengumuman rasmi keputusan.Shafie tidak datang kerana masih berada di kawasan UMNO Bahagian beliau di Semporna,Sabah.

Hishamuddin juga tidak datang.

Najib asalnya dijadual adakan sidang akhbar sekitar jam 10.30 malam di PWTC.

Ia ditangguhkan ke tengahari Ahad sewaktu beliau hadiri majlis bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional di IOI,Putrajaya.

Keputusan rasmi siapa 25 orang yang menang dalam pemilihan jawatan Majlis Tertinggi UMNO akan diumumkan pada jam lima petang Ahad.-20/10/2013 *gambarfail


Zahid, Shafie dah lepas... Hisham, Mukhriz berentap sakan...


7.00 PETANG Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Afdal berjaya MENGEKALKAN kerusi Naib Presiden UMNO selepas masing-masing mendapat 104 dan 94 undi sebentar tadi. 

Seorang lagi penyandang Datuk Seri Hishamuddin Hussein kini memperolehi 57 manakala Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz mendapat 47 undi. Masing-masing  berentap kedudukan nombor tiga setakat ini.

Dua lagi calon, Datuk Seri Ali Rustam dan tan Sri Isa Samad dikatakan sudah ketinggalan jauh berbanding yang lain.

6.30 PETANG - Sehingga 6 petang debar melihat DS Hisham 45 undi berentap dengan Datuk Mukhriz 42. DS Zahid dah 85 dan DS Shafie 75.DS Ali 6,TS Isa 5

6.00 PETANG -antara pertandingan yang curi perhatian. DS Ismail Sabri kekal Ketua UMNO Bera.Dapat 278 tewaskan bekas setpol,Datuk Azizan Che Omar 103. dan SU Kerja UMNO Datuk Raof Yusoh menang Ketua UMNO Masjid Tanah. Dapat 287 tewaskan Datuk Ismail Othman 169 dan TS Rahim Thamby Chik 126.

5.30 PETANG - UMNO Permatang Pauh berubah. Ketua bahagian Datuk Jalil dan timbalan Datuk Nasir kalah. Menang ketua Mohd Zaidi, timbalan Ibrahim Ahmad-18/10/2013

Gandingan '1,2,3' paling popular setakat ini...

5.00 PETANG- Tidak Rasmi/Naib Presiden (5 ptg): Zahid (63 bahagian), Shafie (56), Hishammuddin (35), Mukhriz (30), Ali Rustam (4), Isa Samad (4). 

Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Datuk Seri  Azalina Othman (Pengerang), Tan Sri Isa Samad (Teluk Kemang), Datuk Tajudin Rahman (Pasir Salak) kekal jawatan Ketua Bahagian.

4.00 PETANG- Melihat kepada keputusan-keputusan tidak rasmi yang mula diterima dari bahagian-bahagian, gandingan Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Afdal mendominasi keputusan awal.

Gandingan yang popular dengan nombor '123' ini mendapat pencalonan paling banyak setakat ini. Selain itu, juga menjadi pilihan perwakilan adalah gandingan '125', iaitu Zahid, Hishamuddin dan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir.

Sehingga berita ini ditulis, Datuk Seri Ali Rustam mendapat satu undi dari UMNO bahagian Bukit Bendera manakala Tan Sri Isa Samad masih belum memperolehi sebarang undi.

Berikutan ringkasan keputusannya setakat ini.

Enam UMNO Bahagian di Perak BAGAN DATOH, TANJONG MALIM, TELUK INTAN, PARIT BUNTAR, PARIT DAN GERIK pilih DS Zahid, DS Hisham dan DS Shafie.

UMNO PAGOH pilih DS Zahid, DS Shafie, DS Hisham. BENTONG juga buat pilihan sama. DS Zahid leading. TS Isa setakat ini belum dapat lagi

TAMBUN,KAMPAR DAN IPOH BARAT-DS Zahid, Datuk Mukhriz, DS Shafie. TAPAH DS Zahid, DS Hisham, DS Shafie. BATU GAJAH DS Zahid, DS Shafie, DS Ali

UMNO CHERAS calon Naib Presiden DS Zahid, Datuk Mukhriz, DS Hishamudin. UMNO BUKIT BENDERA-DS Zahid, DS Hishamudin, DS Ali.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menyiasat satu posting dari akuan palsu facebook menggunakan nama Muhyiddin umum Datuk Mukhriz Mahathir telah disingkir dari pencalonan Naib Presiden.

Muhyiddin nafi buat kenyataan di facebook adanya keputusan Lembaga Disiplin UMNO keatas Datuk Mukhriz. Tu bukan FB saya, dah minta SKMM siasat, katanya.-18/10/2013


Siapa dia...?

Semua orang menunggu penuh debar siapa idaman hati 146,000 perwakilan UMNO seluruh negara Sabtu. Paling meriah tentunya pertembungan enam penjuru bagi kerusi Naib Presiden.

Nasib 62 orang yang akan merebut 25 tempat ahli Majlis Tertinggi juga pasti mencuri perhatian .

Kalau rajin pasang telinga pelbagai spekulasi sedang memuncak. Ini semua gara-gara sistem pemilihan baru kali pertama digunapakai UMNO yang beri kuasa kepada ramai perwakilan mengundi.

Jawabnya Nujum Pak Belalang pun naik pening kepala nak buat ramalan.

Ramai yang mengintai pesta demokrasi UMNO kali ini untuk melihat samada parti itu berjaya atau tidak mengendalikan pemilihan di bawah sistem baru yang cukup terbuka itu.

Lagi pula, UMNO merupakan tulang belakang kerajaan BN. Memilih pemimpinnya sama dengan memilih pemimpin Malaysia dan menuntukan haluan dan nahkoda UMNO sama erti menuntukan haluan dan nahkoda negara.

Untuk kerusi Naib Presiden, ada tiga tempat kosong, dan kebiasaannya, siapa yang mengisi kerusi tersebut, akan memegang jawatan kanan dalam Kabinet Malaysia.

Pertembungan antara penyandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Datuk Seri Shafie Afdal dan pencabar mereka Tan Sri Isa Samad, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Ali Rustam amat mendebarkan.

Ini kerana sistem baru pemilihan UMNO yang membolehkan hampir 146,000 ahli mengundi membuatkan padang perlawanan sama rata.

Kecuali Mukhriz yang masih baru, rata-rata calon Naib Presiden mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam berbagai peringkat parti.

Isa Samad misalnya memulakan kerjaya politik sebagai ADUN Linggi pada tahun 1978 lagi, sudah bertanding dan menang Naib Presiden paling kanan untuk penggal 2004-2009 sebelum digantung keahlian kerana tuduhan politik wang.

Ali Rustam juga pernah menjadi Naib Presiden UMNO pada penggal 2004-2009, sebelum beliau mencuba nasib sebagai calon Timbalan Presiden pada penggal 2009-2013 tetapi pencalonannya dibatalkan atas tuduhan politik wang.

Mukhriz sungguhpun baru, tetapi mempunyai pengaruh yang kuat dari rangkaian penyokong bapaknya Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau dikatakan membawa aspirasi golongan muda dalam parti.

Sebab itu, cabaran untuk tiga kerusi Naib Presiden UMNO ini amat sengit.

Mula-mula ramai yang menjangkakan gandingan ZAM, Zahid, Ali, dan Mukhriz akan menarik perhatian perwakilan kali ini.

Namun sejak dua minggu ini, ketika Hishamuddin membuat 'pecutan akhir' dengan mendapat sokongan terbuka dari Wanita dan Pemuda UMNO, congak-congak kata gandingan ZAHIM, Zahid, Hishamuddin dan Mukhriz nampak lebih popular.

Dalam perebutan kali ini, ternyata Menteri KDN, Zahid mendapat banyak 'advantage'.

Beliau yang popular dalam UMNO sejak ambil alih kerusi panas di KDN itu, dibalun setiap hari oleh media-media pembangkang.

Bagi penganalisis politik, orang yang diserang bertubi-tubi dalam media lawan biasanya akan mendapat undi soladiriti dari perwakilan parti.

Manakala kedudukan Shafie, selaku wakil dari Malaysia Timur banyak bergantung kepada apakah perwakilan akan mengundi untuk status quo.

Harapan untuk perwakilan mengundi mengekekalkan penyandang yang ada, tidak boleh dinafikan sama sekali.

Ini kerana gandingan ketiga-tiga penyandang ini membuatkan UMNO menang 88 dari 133 kerusi Parlimen BN. Keserasian mereka sudah teruji.

Kerana itulah jugalah, pertandingan untuk kerusi Naib Presiden kali ini amat mendebarkan.

Semua mempunyai peluang samada rata, Isa yang dikatakan paling 'underdog' boleh buat kejutan.

Ini kerana sedikit sebanyak pengaruh Pengerusi FELDA ada pada ketua bahagian terutamanya untuk 54 bahagian dari 191 bahagian UMNO termasuk dalam gugusan FELDA.

Jadi di atas kertas 'padangnya sama rata'. Jika tidak ada aral melintang, keputusannya akan diketahui sebelum lewat Sabtu malam.

Bagi jawatan MT pulak, kedudukannya sedikit berbeza, sudah tentu calon Menteri Penuh, Menteri Besar atau Ketua Menteri akan mendapat 'advantage' dari calon-calon lain.

Ada sebelas calon Menteri Penuh, Menteri Besar ataupun Ketua Menteri, mereka adalah Datuk Seri Shahidan Kassim, Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Shabery Cheek, Datuk Seri Mustapa Mohamad, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Seri Jamil Khir, Datuk Abd Rahman Dahlan, Datuk Hassan Malek, Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Wira Idris Haron dan Azlan Man (MB Perlis).

Sebelas orang ini sudah pasti mendapat kelebihan dari yang lain. Selain itu calon-calon lain bertanding dalam keadaan 'sama-rata'.

Ada yang sebut untuk 'lekat' dalam MT kena nama ada dalam 'chai' bahagian, -chai adalah perkataan kantonis yang membawa maksud menu.

Mungkin ya, mungkin tidak, sebab ini pertandingan melibatkan 146,000 pengundi, memang semua pihak akan keluar 'chai' masing-masing, tapi pada akhirnya, kuasa perwakilanlah yang akan menentukan 'menu' apa mereka mahu makan.

Jika lebih 2,500 orang perwakilan macam sistem lama, mungkin boleh jangka, tapi 146,000 dengan keperbagaian pendidikan, pekerjaan, latar belakang, semua ada 'menu' masing-masing.

Tunggu saja keputusannya nanti, tengok macam mana... apa 'menu' orang UMNO nak dari senarai enam heavyweight yang bertanding Naib Presiden manakala 62 lagi yang bertanding Majlis Tertinggi.

Mari kita tengok... 'chai' siapa yang kena.-18/10/2013- OLEH HELME HANAFI

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 867  tetamu dalam talian