20September2018

Shahrizat tolak tawaran bertanding di Bandar Tun Razak...

Desas-desus yang dijaja di sana sini bahawa Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak 'tutup buku' dengan sendirinya selepas empunya badan menolak tawaran vertanding di kerusi tersebut.

Dalam satu posting facebooknya, Shahrizat berkata  beliau tidak akan menerima tawaran untuk bertanding di Bandar Tun Razak walaupun yakin kawasan itu boleh dirampas semula oleh Barisan Nasional.

"Ramai yang tanya saya adakah saya akan terima tawaran untuk bertanding di Parlimen Tun Razak? Jawapan saya tidak, walaupun Bandar Tun Razak adalah satu kawasan di mana Barisan Nasional boleh menang dan tewaskan PKR," katanya.

Bandar Tun Razak sudah dua penggal diwakili PKR melalui bekas MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Untuk kali ini, Khalid tidak bertanding dan PKR dijangka menamakan bekas MP PAS Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar sebagai calon parti tersebut.

Pada PRU-13, wakil MCA kalah kepada Khalid dengan majoriti 11,832 undi.

Ada ura-ura UMNO berminat bertanding di kerusi tersebut kerana selepas persempadanan semula lebih 60 peraus pengundi merupakan orang Melayu.-16/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 437  tetamu dalam talian