23November2017

Shafie ditahan semasa beri keterangan pada SPRM

KEMASKINI 9.30 PM:  Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah.

Beliau sebelum itu dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu sejak petang tadi. Penahanan Shafie disahkan SPRM.

Petang Khamis, Shafie Apdal tiba di pejabat SPRM sekitar jam 5.20 petang ditemani beberapa pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi diambil keterangan berhubung siasatan penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara 2009 hingga 2015.
 
Terdahulu ketika ditemui kediamannya, Mohd. Shafie berkata beliau dimaklumkan oleh SPRM untuk hadir ke pejabat agensi itu melalui peguamnya.
 
“Saya akan bantu apa yang boleh. Saya tahu SPRM menjalankan tugas mereka untuk melakukan siasatan,” katanya.
 
Dua adik Shafie, Hamid dan Yusof, sebelum ini ditahan reman oleh SPRM berhubung siasatan yang sama. Ketua Pemuda Warisan, Azis Jamman yang bebas daripada tahanan reman minggu lalu, adalah juga anak saudara Shafie.
 
Shafie turut meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan cara siasatan tu dijalankan yang mana katanya SPRM hanya mendapatkan rakan-rakannya dan saudara maranya dalam siasatan mereka.
 
Bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata siasatan mereka "di luar politik", dan menyatakan ia hanya mengenai dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
 
"Lihat siapa yang kami tahan. Kami tidak hanya tahan ahli Warisan, tapi juga ahli UMNO. Siasatan kami berdasarkan bukti dan bukan parti politik. Ini di luar politik," katanya.
 
Siasatan berkenaan melibatkan 350 projek luar bandar membabitkan bekalan air an elektrik, dan juga jalan.
 
Suruhanjaya itu sudah menyoal siasat 45 individu berhubung perkara tersebut.-19/10/2017


Shafie Afdal dipanggil beri keterangan oleh SPRM jam 5 petang ini

Sejak tiga minggu yang lalu cakap-cakap Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal akan dipanggil memberi keterangan siasatan penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) antara 2009 hingga 2015 sudah mula kedengaran.

Detik itu sampai juga... pada Khamis, Presiden Parti Warisan Sabah itu diminta hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 5 petang ini.

Mohd. Shafie yang kini berada di Kuala Lumpur akan menaiki penerbangan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 3.30 petang.

Beliau kemudiannya akan terus ke pejabat SPRM di Wisma Sulaman di sini untuk tujuan itu.

Sebelum ini, banyak pihak telah menjangka Mohd. Shafie akan dipanggil memandangkan beliau adalah Menteri KKLW sepanjang tempoh berkenaan.

Siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009 itu setakat ini menyaksikan RM179 juta dibekukan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan dana RM1.5 bilion yang diseleweng dalam tempoh tujuh tahun itu.

Terdahulu, adiknya Hamid Apdal dibebaskan daripada tahanan reman berhubung kes yang sama dengan ikat jamin RM50,000 dengan RM25,000 dideposit berserta 2 orang penjamin.

Menantu Hamid juga dijangka dibebaskan hari ini, manakala seorang lagi adik Shafie iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu daripada Umno, Datuk Yusof Apdal kini masih ditahan reman.

Sebelum ini dilaporkan 350 projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membabitkan dana awam bernilai RM7.5 bilion sedang dipantau SPRM.-19/120/2017

Projek berkaitan pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu dilaksanakan dalam tempoh 2009 hingga 2015, dilaksanakan di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan.

Lebih 45 orang disoal siasat SPRM sejak siasatan bermula tiga minggu lalu.-19/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 648  tetamu dalam talian