17Disember2017

Sengketa berlalu…Ahmad Said berikrar nak pastikan kemenangan UMNO di Terengganu

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ‘ tutup terus’ sebarang keraguan mengenai pendirian yang sebelum ini telah mencetuskan ketegangan dalam senario politik negeri itu.
 
Pada 25 Februari lalu beliau telah berpeluk mesra dengan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif yang hadir pada majlis perkahwinan anaknya.
 
Senario itu telah meleraikan ketegangan yang berlarutan sejak beliau digugurkan sebagai Menteri Besar.
 
Sabtu malam…Ahmad Said yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman dan ADUN kawasan Kijal merasmikan mesyuarat agung cawangan berkelompok UMNO Bahagian itu.
 
Ini setelah tiga tahun beliau enggan pikul tanggongjawab itudan  hanya mewakilkan kepada timbalannya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, untuk merasmikan mesyuarat bahagian itu.
 
Bukan setakat itu malah beliau berikrar akan terus bekerja keras memastikan kemenangan UMNO di negeri itu khususnya di Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian itu, beliau melahirkan kesyukuran kerana masih mendapat sokongan kuat daripada perwakilan berkelompok yang masih mahu beliau menerajui bahagian itu.
 
"Ketika berucap tadi, saya tanya ahli UMNO Kemaman, mahu saya masih berada dalam UMNO atau di pihak pembangkang, ternyata mereka masih mahu saya memimpin UMNO Bahagian Kemaman.
 
"Inilah amanah dan suara perwakilan untuk kita memastikan UMNO tidak kalah lagi pada pilihan raya akan datang," katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal.
 
Ditanya mengenai pujian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai dirinya yang terus menyokong kepimpinan UMNO Terengganu yang kini dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman meskipun terdapat perselisihan faham sebelum ini, beliau berkata:
 
"Prinsip saya mudah sahaja, jika orang berlembut dengan saya, saya akan lebih baik dengan mereka dan begitulah sebaliknya," katanya.
 
Mengulas mengenai senarai calon PRU14, Ahmad berkata beliau mahu UMNO Bahagian Kemaman memilih sendiri calon sesuai untuk memastikan kemenangan parti itu.
 
"Kami akan berbincang dahulu, bila sudah ada senarai saya akan usahakan untuk menyerahkannya sendiri kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya.- 19/3/2017
 
 
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 551  tetamu dalam talian