19September2017

Senangnya hidup…Anwar cuba ‘lepas diri’ dari keputusan lulus PTPTN…

ptptn-logo1KEMASKINI: Kalau tidak tahu sangat jalan ceritanya…dengar komentar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai wawasan pembangkang tentang PTPTN semasa sidang akhbar di
lobi parlimen Isnin memamg boleh ‘cair habis’

Sebab itu tidak hairanlah bagaimana segelintir mahasiswa sanggup berpanas berkhemah di Dataran Merdeka.

Soalnya siapa yang tidak mahu hidup free tidak payah bayar apa.Janji ini adalah gula-gula paling menawan hati.

Line membelasah kerajaan kerana didakwa kedekut sangat nak bagi pendidikan percuma ini terus dibawa Anwar semasa dminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Ahad bahawa PTPTN diluluskan semasa beliau Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Anwar mengaku benar apa dikatakan oleh Dr Mahathir.

Namun dicelah itu beliau cuba ‘lepas diri’ dari dikaitkan dengan PTPTN.

Faham-faham sajalah…pembangkang sekarang tentang jadi juara nak mansuh PTPTN untuk pancing undi menjelang PRU13.

Jadi Ketua Pembangkang itu cepat-cepat terus tolak bola itu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya Najib yang waktu itu (1997 Menteri Pendidikan) yang bentangkan PTPTN.

Yang tidak tahu apa-apa macam mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka itu pasti kata betulah ia buah tangan Najib bukan Anwar.

Namun mereka yang faham mengenai sistem berkerajaan tahu bahawa sesuatu keputusan kabinet dalam meluluskan sebarang kertas cadangan adalah collective decision.

Apa lagi ketika itu beliau bukan menteri biasa tetapi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Jadi suaranya tentu besar jika tidak setuju dan bantah PTPTN. Jadi kenapa tidak?

Jangan lupa Anwar juga pernah jadi Menteri Pendidikan.

Cuba tanya apa yang beliau ada buat tentang ‘ kebebasan bersuara’ pelajar yang sekarang sibuk sangat nak AUKU dimansuh terus.

Ada yang berkata masa beliau duduk sedap-sedap dalam kerajaan segalanya jadi gelap mata.

Anihnya bila jadi pembangkang sekarang…segala-galanya tiba-tiba terang.

Maka PTPTN yang merupakan skim baik membantu pelajar sudah jadi ‘zalim’.-16/4/2012

 

 

 


 

Semua penyokong jadi pecacai...Dr Mahathir sahkan Anwar sendiri lulus PTPTN masa beliau TPM dulu

 

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim memang tengah merasa 'dunia ana yang empunya' kerana tidak ramai anak-anak muda yang terkinja-kinja sokong pembangkang tahu sejarahnya semasa dalam kerajaan dulu.

Ini termasuklah sekitar 30 orang mahasiswa Adam Adli & geng yang konon nak tunjuk jaguh berkhemah di Dataran Merdeka kerana nak desak kerajaan mansuhkan pinjaman pelajaran  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Sah mereka bersengkang mata terjerit sana sini menjadi alat politik dan kuda tunggangan sahaja kerana faktanya orang yang meluluskan PTPTN pada tahun 1997 ialah Anwar sendiri.

Ini semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Kisah ini memang sudah berlegar sejak isu PTPTN cuba dimainkan pembangkang untuk mencuri hati anak muda khususnya pelajar institusi pengajian tinggi.

Bodoh memang bodoh membahlolkan diri membuti tuli.

Ahad bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamamd sendiri mengesahkan fakta itu.

"Itulah Anwar... dia sendiri tak tau apa yang dia fikir, dia lupa," kata Dr Mahathir pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM), di Sintok , Ahad

Beliau turut menyifatkan Anwar sebagai pelupa kerana PTPTN ditubuhkan pada 1997 dan ketika itu Ketua Pembangkang berkenaan merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir telah mengambil cuti dua bulan lebih dan melantik Anwar yang merupakan timbalannya sebagai Pemangku Perdana Menteri pada 19Mei 1997 hingga 26 Julai 1997.

Faktanya ialah  Anwar meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997.

Sekarang ini menarik untuk dengar apa pula gelembong Anwar nanti dalam bab ini.

Hakikat di depan mata sekarang ini memang sandiwara kartun.Dia lulus sekarang dia bising.

Menariknya habis semua penyokong jadi pecacai kerana tidak tahu sejarah.

Pada sidang media itu Dr Mahathir berkata tiada pelajaran percuma bagi pengajian di institusi pengajian tinggi di negara ini seperti mana yang boleh diperoleh di negara-negara maju lain

"Biarlah, mereka (negara-negara luar) kaya, mereka boleh bagi (pendidikan) secara percuma...Kita boleh mansuhkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), tapi orang yang minta mansuh sahaja terlibat.

"Orang yang tidak minta PTPTN dimansuhkan, kita boleh bagi," katanya.-15/4/2012


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 696  tetamu dalam talian