Sabtu di Kedah akan lebih sibuk dari biasa. Hari ini di negeri Jelapang Padi itu, bukan hanya semua pemimpin PAS berkampung untuk menyelesaikan konflik dalaman parti itu, tetapi juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyertai Pemukiman ADUN-ADUN BN seluruh negara dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga 'menjelajah' Kedah.
Hampir ke semua pemimpin utama PAS akan berhimpun di Alor Setar, dalam satu pertemuan 'kasih sayang' bagi menyelamatkan air muka PAS berikutan konflik tak kunjung selesai antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco Kanan Datuk Phalrolrazi Zawawi.
Phalrolrazi yang memberontak dari kepimpinan Azizan bersama seorang lagi Exco Datuk Dr Ismail Salleh sudahpun kena 'gag order' atau arahan tutup mulut.
Ini berikutan kenyataan demi kenyataan Ketua PAS Kuala Kedah itu bukan menjernihkan suasana, sebaliknya, bertambah kusut termasuk kisah beliau suruh timbalannya di Kuala Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah ikut jejak langkahnya dan Ismail.
Amiruddin orang Azizan dan sudah pun menyatakan sokongan terbuka kepada Pesuruhjaya PAS Kedah itu.
Pertemuan empat jam di Pejabat PAS malam Jumaat tidak menemui kata putus. Ding Dong banyak tapi tak boleh selesai masalah.
Berikutan itu, dicadangkan satu pertemuaan 'mahabbah' atau kasih sayang diadakan oleh pemimpin PAS Pusat melibatkan Azizan dan Pharolrazi di Alor Setar hari ini.
Pertemuan tersebut, yang bakal menyaksikan semua pemimpin PAS turun padang termasuk pesuruhjaya-pesuruhjaya PAS negeri.
Selain itu, hari ini juga di Kedah, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kemunculan semula selepas beberapa hari di luar negara.
Anwar yang dikaitkan sebagai punca konflik di negeri tersebut akan mengadakan siri jelajah di Gurun, Merbok dan Sungai Petani.
Menariknya, pada malam hari, Anwar akan sepentas bersama Phalrolrazi di Taman Keladi Sungai Petani untuk ceramah umum besar-besaran pembangkang.
Dan jika pemimpin PAS di Alor Setar, Anwar di Gurun, Merbok dan Sungai Petani tidak ketinggalan turut serta di Kedah hari ini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
PM akan melakukan lawatan kerja sehari di Kedah dan program beliau bertemu rakyat bermula sebelah petang iaitu di Padang Awam Kuala Ketil, Baling.
Program khusus itu Perjumpaan Perdana Menteri bersama rakyat akan dihadiri oleh semua pemimpin utama BN negeri.
Selain itu, pada sebelah malamnya, PM akan menghadiri dan merasmikan Pemukiman ADUN-ADUN BN seluruh negara di Padang Awam Taman Ria Jaya, Sungai Petani.
Ini pemukiman yang ketiga selepas Selangor dan Perak baru-baru ini. Biasanya dalam pemukiman begini, semua ADUN-ADUN BN akan ditempatkan di Daerah Peti Undi untuk beramah mesra dengan penduduk setempat selain mengetahui reaksi dan pandangan akar-umbi.
Jadinya hari ini, hari yang sibuk di negeri Jelapang Padi, dan mudah-mudahan semuanya aman di Kedah Darul Aman...-3/3/2012
IKLAN
Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Asam Pedas - Noorhazilah Ismail
Rakyat Malaysia - Hambali Lauf
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







