24Ogos2017

Seminggu berlalu…Dr Mahathir masih sepi didakwa fitnah Timbalan Perdana Menteri

Hari ini Jumaat genap seminggu Datuk Seri Zahid Hamdi buat pendedahan beliau ada rakaman perbualan semasa pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos ,2015 yakni 10 hari selepas beliau dilantik jadi Timbalan Perdana Menteri.
 
Rakaman itu membuktikan adalah satu fitnah dakwaan Pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan itu kononnya dalam pertemuan itu beliau minta bantuannya untuk gulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Zahid buat pendedahan itu dalam ucapan beliau semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jerlun,Kedah.
 
Katanya dalam perbualan semasa pertemuan mereka Dr Mahathir yang cakap mengenai rancangannya hendak jatuhkan Najib bukan beliau.
 
Menurut Zahid beliau ada minta izin dari Perdana Menteri lebih dulu sebelum adakan pertemuan dengan Dr Mahathir.
 
Sewaktu berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Baling esoknya,Sabtu Timbalan Perdana Menteri kata beliau sedia sumpah laknat di mana-mana masjid sebagai bukti beliau cakap benar.
 
Kalangan wartawan yang selalu buat liputan acara Dr Mahathir sejak zaman beliau Perdana Menteri dulu cukup tahu mengenai stailnya.
 
Jarang sekali beliau tidak respon atau ambil masa lama untuk jawab jika ada hal besar yang melibatkan dirinya.
 
Ini pula didakwa memfitnah seorang Timbalan Perdana Menteri.
 
Mengambil kira dari tarikh Zahid dedah ada rakaman itu di Jerlun pada 4 Ogos…agak anih beliau tidak langsung respon termasuk dalam tulisan terbarunya di blognya chedet pada 8 Ogos.
 
Malah dalam sidang akhbar semalam,Khamis selepas mesyuarat dengan pimpinan Pakatan Harapan di bangunan Parlimen pun Dr Mahathir  tidak sentuh bab itu.
 
Sebaliknya beliau cepat mengulas mengenai tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri membuat pemeriksaan keatas syarikat-syarikat milik anaknya Mokhzani,Mirzan dan Mukhriz.
 
Dr Mahathir mungkin sudah kantoi habis bab dakwaan yang serius terhadap Zahid itu.
 
Ramai pemerhati duga beliau ‘mudah lupa’ atau sengaja buat-buat lupa sehingga terdesak buat dakwaan tidak benar mengenai pertemuan itu sehingga kini membelit dirinya sendiri.
 
Jangan lupa Zahid ada buat kesimpulan tersendiri mengenai Dr Mahathir.
 
Katanya “ Dia ( Dr Mahathir ) boleh buat muka kering ( sekalipun) bohong berkali-kali’.
 
Apapun memang menarik...episod menunggu apa ‘top dog’ Pakatan Harapan ini nak jawab dalam isu didakwa fitnah Zahid.- 11/8/2017
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 859  tetamu dalam talian