19Ogos2018

Selepas kantoi...Kerajaan DAP 'gam mulut' isu terowong

Selepas kantoi berkali-kali dengan berbagai fakta diubah dan didedahkan... kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil tindakan yang mengejutkan iaitu 'gam mulut'.

Itu tidakan paling selepas penduduk Pulau Pinang mula mempertikaikan fakta Guan Eng yang berubah-ubah dan tidak konsisten berkaitan dengan skandal terowong dasar laut dan tiga lebuh raya bernilai RM6.3 bilion yang menimbulkan pelbagai kontroversi itu.

Dalam sidang media khasnya pada Isnin, Guan Eng, berkata mereka tidak akan memberi sebarang maklum balas mengenai skandal terowong dasar laut dengan alasan keengganan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memberi maklum balas ke atas 10 tuntutan dikemukakan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, katanya, tiada keperluan bagi pentadbirannya untuk menyangkal sebarang dakwaan atau tuduhan berhubung projek mega dianggar bernilai RM6.3 bilion yang dikemukakan pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Saya terkejut bagaimana Ka Siong boleh mendapat maklumat daripada kontraktor utama projek ini, iaitu China Railway Construction Corporation International (CRCC), di mana kerajaan negeri sendiri pun tak sedar tentang kewujudan maklumat berkenaan.

"Ka Siong turut mengakui mempunyai maklumat tentang berapa banyak atau sedikitnya CRCC dibayar oleh Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, sekali gus menimbulkan persoalan berhubung sumber maklumat diperolehinya," katanya.

Projek mega itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Sebelum ini, Ka Siong mempersoal sama ada perjanjian projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya itu disetem atau sebaliknya, termasuk surat pengesahan komitmen oleh kontraktor utama.

Beliau turut mempersoal sama ada CRCC adalah antara pemegang saham dalam Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG) serta kaedah pembayaran yang dibuat kepada syarikat perunding.

Pada masa sama, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pihak kerajaan negeri mempunyai pilihan sama ada mahu membawa isu berkaitan projek mega itu ke mahkamah, atau sebaliknya.

"Ia sekiranya ada percanggahan dalam surat perjanjian yang dikatakan untuk memastikan pihak kontraktor memenuhi tuntutan perundangan yang mereka sudah pun janjikan," katanya.-13/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 510  tetamu dalam talian