16Disember2017

Selepas 18 tahun cuba... Anwar tak mau lagi jadi calon PM PRU14

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedar diri bahawa beliau tua dan dilupakan... dalam satu pengumuman mengejut, bekas calon PM pembangkang sejak pilihanraya umum ke 10 (1999) sehingga PRU13 13 pada Mei 2013, Anwar tidak lagi akan menjadi calon PM bagi pembangkang untuk PRU ke 14.

Hampir 20 tahun gagal, dan kini dipenjara kerana kesalahan meliwat pembantu peribadinya, Anwar berkata keputusan itu bertujuan mengekang "isu pinggiran (seperti) .... muslihat perebutan kuasa dan kedudukan atau keterlanjuran kata kurang sopan dalam Pakatan Harapan" yang menurutnya  tidak harus diizinkan.
 
"Terkait dengan gesaan untuk menumpukan perhatian sepenuhnya kepada PRU, maka saya memilih untuk tidak menawarkan diri selaku calun Perdana Menteri," kata Ketua Umum PKR itu.
 
Dalam pada itu Anwar bersetuju bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad harus diberikan peranan sewajarnya di dalam PH namun menolak  usul Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan beliau untuk menguasai jawatan pengerusi dan presiden di dalam pakatan pembangkang itu.  
 
"Adapun usul Bersatu (PPBM)  untuk merombak struktur Pakatan Harapan dengan pimpinan utama parti tersebut menguasai jawatan Pengerusi dan Presiden dalam struktur baru Pakatan Harapan, dikhuatiri akan merombak kerangka Pakatan Harapan menjadikannya mirip BN.
 
"(Justeru) kesediaan semua pihak dalam Pakatan Harapan untuk meneliti semula dan meminda cadangan tersebut dengan mengekalkan muafakat asal Pakatan Harapan adalah dialukan," kata Anwar.
 
Beliau menegaskan keperluan  mengekalkan tradisi musyawwarah dan konsensus seperti mana pengalaman Pakatan Rakyat sebelumnya di mana semua ketua parti mempunyai kedudukan yang sama, dengan Pengerusi hanya sebagai penyelaras.
 
Anwar berharap semua pemimpin parti komponen PH memberikan tumpuan sepenuh kepada persiapan menghadapi PRU 14 dan tidak lagi terjebak dalam polimik siapa harus ditampilkan sebagai calon PM.
 
Polemik itu mencetuskan perbalahan di kalangan pemimpin-pemimpin PKR, PPBM dan DAP dan mendedahkan kerapuhan pakatan pembangkang itu sendiri.
 
"Pergeseran sedemikian melelahkan kerana keputusan adalah di tangan rakyat dalam PRU. Adalah diharapkan agar segala tenaga dan ikhtiar kita tertumpu nada pengukuhan jentera dan menarik dukungan rakyat," kata Anwar.
 
Anwar sebelum ini diura-ura sebagai calon PM sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya namun dalil itu berubah apabila Dr Mahathir menubuhkan PPBM dan menyertai pakatan pembangkang itu.
 
Malah parti pimpinan mantan perdana menteri itu di lapor  mengusulkan supaya jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi PH di isi oleh PPBM.
 
Bagaimanapun cadangan itu disanggah oleh PKR, sekali gus melewatkan proses mendaftarkan PH  dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
 
PKR semakin resah apabila Dr Mahathir juga beberapa menyatakan kesediaan untuk menjadi perdana menteri sekiranya mendapat sokongan "kawan-kawan" dalam pembangkang.
 
Anwar masih menjalani hukuman penjara setelah di sabit kesalahan meliwat untuk kali kedua.  Beliau tidak layak untuk bertanding pada PRU 14 dan memerlukan pengampunan Yang diPertuan Agong sebelum layak dipertimbangkan untuk sebarang jawatan kerajaan.-18/6/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1078  tetamu dalam talian