17Julai2018

Saya tidak suka tol... - PM

Ini fakta bukan cerita dongeng.Selalu sangat kita lihat sendiri – ketika sana sini merungut pasal kos sara hidup meningkat barang mahal segala macam…namun pusat membeli belah terus sesak dengan orangramai.
 
Bila ada cuti panjang lapangan terbang sesak dengan orang yang hendak terbang melancong.
 
Ada berbagai lagi contoh yang kadang kala buat kita jadi pelik melihat realiti depan mata dengan cerita politik yang disebar untuk hentam dan salahkan kerajaan pasal kos sara hidup.
 
Bercakap pada program berkongsi pandangan mengenai Bajet 2018 di Dewan HUKM,Bandar Tun Razak,Kuala Lumpur Khamis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata kerajaan sentiasa sensitif terbuka mendengar keluh kesah rakyat.
 
Banyak usaha dijalankan untuk mengurangkan beban hidup termasuk laksana KRIM2.0 ,Jualan Sentuhan Rakyat dan sebagainya.
 
Katanya pertumbuhan ekonomi negara yang baik membolehkan kerajaan melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan lagi taraf hidup rakyat.
 
"Apabila asas pendapatan kita kukuh, bukan sahaja golongan B40, malah M40 juga mendapat tempias dan kita sudah mengumumkan pada pembentangan Bajet 2018, cukai pendapatan mereka dikurangkan sebanyak dua peratus,”katanya.
 
Namun beliau juga mengingatkan mengenai banyak subsidi ‘ yang tidak nampak’ diberikan oleh kerajaan selama ini.Ia termasuk kos pendidikan dan perubatan.
 
Katanya setiap tahun kerajaan menampung RM8,900 bagi setiap murid sekolah rendah dan menengah.
 
Perdana Menteri kata kos rawatan di hospital kerajaan jauh lebih rendah dari hospital swasta.
 
Pada majlis itu beliau minta Pengarah HUKM jelaskan perbezaan itu kepada hadirin.
 
Pengarah itu memberitahu bayaran dikenakan di HUKM ialah RM200 dan di hospital kerajaan pula RM10.
 
Sebaliknya kos untuk lahirkan anak di hospital swasta ialah antara RM3,000 hingga RM5,000.
 
Najib memberitahu kos pembedahan katarak mata di pusat dikendali MAWIP dan Kementerian Kesihatan cuma RM103 berbanding swsata RM3,000 hingga RM5,000.
 
Perdana Menteri juga meminta orangramai sedar adanya kekeliruan mengenai kos sara hidup dengan perubahan cara hidup.
 
Katanya ubah cara hidup tentulah jadikan kos lebih mahal.
 
Beliau memberitahu pada sembilan bukan pertama 2017 angka menunjukkan jumlah belian telefon bimbit rakyat Malaysia ialah RM7 billion…yakni lebih banyak dari beli kereta.
 
Sekalipun Perdana Menteri tidak menyebutnya...antara contoh perubahan cara hidup ialah nak tukar kereta baru lebih mewah,pergi melancong,ubahsuai rumah,beli belah,buat itu ini untuk lebih bergaya yang tidak setara dengan pendapatan.
 
Kesulitan untuk menampung nafsu nak ubah cara hidup ini dianggap sebagai peningkatan kos sara hidup.
 
Najib akui nampak di luar memang cantik jadi Perdana Menteri tetapi beliau adakalanya terpaksa buat keputusan yang rumit.
 
Antaranya ialah pengenalan cukai GST yang perlu untuk negara.
 
Beliau meminta rakyat terus beri keyakinan kepada kerajaan pimpinannya untuk bawa Malaysia ke era yang lebih baik.
 
Mengenai dakwaan Malaysia nak bangkrap,Perdana Menteri berkata kadar pertumbuhan dan rating ekonomi negara yang tunjuk keadaan sangat memberasangkan bukan satu rekaan.
 
Katanya ini bukan cakap seorang ketua cawangan parti Pribumi (PPBM) tetapi penarafan A bagi ekonomi Malaysia dibuat oleh WTO,Bank Dunia,Fitch,Moody dan badan-badan antarabangsa.
 
Menurut beliau penarafan dibuat selepas mereka semak segala butir pasal ekonomi Malaysia.
 
Pada majlis itu Perdana Menteri juga menegaskan ‘ saya tidak suka tol’ berbanding seorang bekas pemimpin yang gemarnya.
 
Katanya sebilangan tol sudah dimasuhkan dan akan terus berusaha memansuhkan mana yang boleh.
 
"Saya tidak percaya kita kena membayar tol setiap hari. Kalau di Lebuh Raya Utara Selatan atau Karak tidak mengapalah sebab bukan kita guna hari-hari. Macam ada pemimpin terdahulu, beliau memang suka tol tetapi saya tidak suka.
 
"Sebab itu, kita bina Projek Lebuhraya Pan Borneo tiada tol. Saya beri jaminan apa sahaja yang boleh saya lakukan, saya akan hapuskan tol. Ini semua masalah legasi. Saya akan lihat semula keputusan  terdahulu yang membebankan rakyat termasuk isu tol," katanya.
 
Najib juga menegaskan beliau akan ubah apa saja keputusan yang tidak wajar dibuat oleh pemimpin terdahulu seperti pegswastaan IPP dimana tak guna pun kena bayar.
 
Beliau menyifatkan pengswastaan seumpama itu ‘ berat sebelah’.- 22/2/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 433  tetamu dalam talian