12Disember2018

"Saya hanya mahu berkhidmat kepada rakyat..." Wee Ka Siong

"Saya tidak akan lari ke mana-mana. Saya anak jantan". Itu kata-kata tegas Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong ketika ditanya berhubung calon lain yang berhasrat untuk merampas kawasan Parlimen itu.

Ka Siong turut memperakui dirinya bukan 'political star' tetapi hanya ingin berkhidmat kepada penduduk Ayer Hitam setelah diberi mandat dan kepercayaan oleh para penduduk sejak tiga penggal lalu.

"Saya hanya mahu berkhidmat kepada rakyat. Kalau kita suka berhijrah, macam mana nak berkhidmat kepada rakyat? Saya tak lari ke mana-mana. Saya anak jantan. Hanya di sini Ayer Hitam.

"Kata pepatah Melayu 'di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Kali pertama saya menang saya di sini, saya akan terus berkhidmat di sini," katanya kepada wartawan AgendaDaily ketika ditemui pada Karnival Ayer Hitamku Hebat di Bandar Baru Yong Peng pada Sabtu lalu.

Tambahnya, hasrat Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong yang mahu rampas Ayer Hitam tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memperjuangkan nasib penduduk kerana yakin pengundi akan membuat pilihan yang bijak berdasarkan 'track record' yang telah dibuat.

"Ini sistem demokrasi. Tak kisah siapa nak bertanding di sini. DAP atau PAS pasti ada percaturan masing-masing. Jangan ada yang anggap ia sebagai cabaran mudah. Jangan pandang remeh calon lawan. Saya serah kepada pengundi untuk menilai track rekod saya selama berkhidmat di sini," katanya.

Ditanya mengenai video tular yang mendakwa dirinya sebagai seorang yang sombong, ini jawapan Ka Siong.

"Saya tak tahu macam mana ada paparazi ikut saya. Berlaku di satu warung bawah pokok. Saya ke sana untuk makan. Tuan kedai suruh duduk. Lepas tu tersebar kononnya saya sombong.

"Kalau ngeteh (minum teh) ni saya boleh ngeteh di mana saja. Saya boleh bawak ke mana saja warung dan kedai kopi. Saya berasal dari kampung. Saya sudah biasa," ujarnya.

Bercakap mengenai karnival tersebut, Ka Siong berkata Ayer Hitam sudah sinonim dengan dunia permotoran dan pihaknya mengambil maklum mengenai hal itu kerana yakin itu adalah salah satu minat dan kreativiti anak muda.

"Tetapi saya juga ingin menekankan mengenai keselamatan jalan raya. Betapa pentingnya memakai topi keledar ketika menunggang ataun membonceng motosikal. Saya kalau masuk kampun pun pakai topi keledar," katanya.

Beliau turut berjanji untuk menaiktarafkan kawasan itu khususnya berkaitan infrastruktur jalan raya Yong Peng - Johor Bahru seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri.-16/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 319  tetamu dalam talian