16November2018

Saya bersumpah tidak akan bubarkan UMNO - Zahid

Inilah suasana yang penuh bersemangat semasa Presiden UMNO Presiden UMNO Datuk Seri Dr  Zahid Hamidi dan timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan adakan pertemuan dengan pimpinan UMNO Negeri Kedah di Alor Star petang Sabtu.
 
Di depan mereka,bekas Timbalan Perdana Menteri itu bersumpah tidak akan sama sekali membubarkan UMNO walaupun terdapat pelbagai desakan.
 
“Saya bersumpah tidak akan bubarkan UMNO dan saya akan terus berdiri teguh. Walaupun ada desakan saya tidak akan undur dan tidak akan bercuti.
 
“Kita harus bergerak dalam satu pasukan yang kukuh dan saya percaya dengan sokongan yang diberi, ada cahaya dihujung terowong untuk UMNO terus bangkit dan terus relevan,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa
 
Dalam ucapannya juga beliau memaklumkan bahawa UMNO akan membentangkan 38 langkah termasuk langkah yang dicadangkan oleh sayap-sayap parti untuk memastikan UMNO bangkit pada Pilihan Raya Umum ke15 (PRU-15) nanti. 
 
Zahid dan pimpinan UMNO kini dalam siri jelajah ke negeri negeri untuk memperkukuh lagi parti.
 
Sebelum itu mereka ke Perlis.
 
Dalam siri pertama jelajahnya mereka ke Kelantan dan Terengganu.
 
Sementara itu Mohamad Hasan dalam ucapan pada perjumpaan khas bersama pemimpin UMNO Perlis di Pusat Khidmat Kubang Gajah di Arau meminta seluruh ahli UMNO tidak merasa kecewa atau putus harapan hanya disebabkan parti itu tewas dalam PRU14.
 
Katanya, jika dilihat, parti itu hanya tewas dua kerusi di Negeri Sembilan, tiga kerusi di Melaka manakala di Perak serta Johor kekuatan masih sama rata dan tidak mustahil negeri-negeri itu seterusnya peringkat pusat akan dikuasai oleh UMNO bersama gagasan pembangkang lain dalam pilihan raya akan datang.
 
“Pada masa ini, kita susun semula strategi baik-baik, perkasakan parti bagi menghadapi pilihan raya. Jangan lagi bersengketa sesama sendiri dan yakinlah dengan kemampuan parti yang diterajui oleh Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,” katanya.- 3/11/2018
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 1100  tetamu dalam talian