22Julai2017

Sandiwara Lahad Datu: Tian Chua berdepan hukuman penjara 3 tahun jika bersalah...

tian-sandiwara513Sendiri bikin....sendiri mau mau ingat.Gara-gara mulut celuparnya dakwa insiden Lahad Datu satu sandiwara UMNO,Naib Presiden PKR Tian Chua didakwa dibawah Akta Hasutan yang boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.

Dakwannya yang cetuskan kemarahan rakyat berbagai lapisan kaum seluruh negara kerana dianggap cuba perlekeh perjuangan pasukan keselamatan kita dan fitnah kerajaan tertera dalam kenyataanya di akhbar rasmi PKR,Keadilan Daily 1 Mac lalu.

Tian Chua tiba di komplek Mahkamah Jalan Duta pada jam 9 pagi ditemani sekitar 15 penyokongnya.

Ahli Parlimen kawasan Batu,Kuala Lumpur itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen.Beliau didakwa dibawah Seksyen 4(1)(b)  Akta Hasutan 1948.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat.

Empat kenyataan itu ialah:

*Serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat;

*Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO;

*Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Kejadian pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; dan

*Ada konspirasi oleh kerajaan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Tian Chua didakwa melakukan kesalahan itu di No. 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu off Jalan Yew, di Kuala Lumpur pukul 11 pagi, 1 Mac lepas.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tak lebih 3 tahun atau keduanya.

Sejurus pertuduhan dibacakan,Tian Chua dakwa pertuduhan ini bermotif politik untuk cemar nama baiknya.

Hakim Sekeri telah tetapkan 12 April tarikh sebutan kes.

Beliau mengenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum itu peguamnya telah cuba pertikai pengunaan Akta  Hasutan gun alasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umum pad 11 Jilai 2012 bahawa kerajaan akan mansuhkan akta itu.

Hakim Sekari menolaknya kerana setakat ini akta berkenaan belum dimansuhkan dan ia tetap sah dan boleh digunapakai.

Selain pertuduhan ini,Tian Chua juga berdepan dengan tindakan dari UMNO Malaysia yang pada 4 Mac kemuka tuntutan tarik balik kenyataan fitnah itu atau disaman.-14/3/2013 - OLEH NOOR HASILAH ISMAIL


BERITA AWAL : Tian Chua kini di mahkamah untuk didakwa kes 'Sandiwara Lahad Datu'


KEMASKINI : Kata-kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada hari Selasa  ' mana boleh lepas ' Tian Chua  nyata bukan cakap kosong.Pagi Khamis Naib Presiden PKR yang membuat kenyataan celupar dakwa insiden Lahad Datu sandiwara UMNO akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dibawah Akta Hasutan.

Ahli Parlimen Batu itu tiba di komplek Mahkamah Jalan Duta jam 9 pagi diteman peguamnya.

Dia kemudian masuk ke kamar mahkamah sesyen pada jam 10 40 pagi.
 
Lebih 300 laporan polis dibuat seluruh negara terhadapnya oleh rakyat pelbagai lapisan kaum yang marah sangat pada gelagatnya.
 
Tian Chua dijangka akan diwakili oleh peguam N Surendran yang juga Naib Presiden PKR.
 
Kenyataan Tian Chua disiar dalam akhbar Keadilan Daily 1 Mac lalu.-14/3/2012
 

--------------------------------------------------------------------------------

Tian Chua : Mana boleh lepas.... - Timbalan Ketua Polis Negara

Bagi puak mulut celupar dan gatal tangan cuba nak perlekeh pasukan keselamatan kita yang sedang bertarung nyawa untuk hapus penceroboh bersenjata Sulu...awas, ini amaran Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
 
Nada beliau nyata bukan nak main-main.
 
Memang ramai sudah mendidih kerana pada ketika satu negara perlu bersatu hati berdepan dengan pencerobohan ini..ada juga puak yang nak tunjuk pandai komen bukan-bukan ikut suka sedap mulut.
 
Ini termasuk gelagat Naib Presiden PKR,Tian Chua yang kena hentam depan belakang di seluruh negara kerana senang hati main tuduh krisis keselamatan di Lahad Datu satu sandiwara UMNO.
 
Bagi Tian Chua...Khalid dengan tegas berkata, "mana boleh lepas".
 
Beliau memberitahu  polis akan membuat pengumuman apabila tiba masanya.
 
Polis telahpun ambil keterangan darinya berhubung cakapnya yang disiarkan dalam akhbar Keadilan Daily baru-baru ini.
 
Manakala bagi yang cuba jolok nada-nada sama baik menerusi blog,facebook,twitter atau lain-lain,Timbalan Ketua Polis Negara mengingatkan mereka polis akan jejak sampai dapat.
 
Tindakan juga akan dikenakan terhadap pihak yang menyebar dan membuat sebarang ulasan negatif mengenai tindakan pasukan keselamatan negara, katanya.
 
"Jangan buat tindakan bodoh seperti ini...,"tegasnya.
 
Bercakap dalam satu sidang akhbar selepas satu majlis di Kuala Lumpur Selasa beliau berkata ,"Saya ingin memberi amaran kepada mereka-mereka ini, arahan telah dikeluarkan supaya mengesan individu yang mengeluarkan kenyataan yang mencerca dan menghina tindakan pasukan keselamatan kita ini. Ini satu perbuatan yang amat keji.
 
"Jadi saya minta hentikan sebarang 'statement' yang menghina, mempersenda dan memperlekeh apa jua tindakan keselamatan negara kita kerana kita akan menjejaki mereka sehingga dapat," katanya.
 
Menurut beliau polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau semua laman web dan media sosial bagi mengenal pasti mereka yang terlibat.
 
Serentak dengan itu ,Khalid memberitahu polis sudah membuka dua kertas siasatan berhubung perbuatan memperlekeh pasukan keselamatan
 
Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Peguam Negara bagi menentukan tindakan berdasarkan undang-undang yang akan dikenakan terhadap mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan itu.
 
"Biar kita berunding dahulu dengan pihak Peguam Negara untuk siasat kes ini di bawah Seksyen 130 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012) dan Kanun Keseksaan," katanya.- 12/3/2013


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 623  tetamu dalam talian