16Oktober2018

Sah PKR Selangor tidak iktiraf keputusan konvensyen PH

Sudah terang lagi bersuluh... cakap-cakap bahawa PKR Selangor menolak calon PM pilihan Pakatan Harapan Tun Mahathir Mohamad terbukti selepas mereka tidak menandatangani kenyataan bersama menyokong pengisytiharan yang dibuat konvensyen Ahad lalu.

Antaranya berhubung pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya, bagi pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Kenyataan bersama yang diedarkan malam Rabu itu ditandatangani Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) selangor Izham Hashim, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor Datuk Abdul Rashid Asari.

Pengerusi PKR Selangor adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang disebut-sebut berminat untuk menjadi calon PM Pakatan.

PKR Selangor dari awal tidak bersetuju dengan pemilihan Mahathir sebagai calon perdana menteri.

Susulan pengisytiharan, Ketua Wanita PKR dan anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menyuarakan bantahannya terhadap "amalan kitar semula" pemimpin.

Menegaskan beliau tiada masalah dengan Mahathir secara peribadi, anggota parlimen Ampang itu berpandangan bekas perdana menteri itu lebih sesuai jika dilantik sebagai "menteri kanan" jika HARAPAN berjaya menubuhkan kerajaan.

Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor Hizwan Ahmad pula berkata, negara pada masa ini lebih memerlukan "tokoh segar" bagi membawanya keluar daripada "kepompong kerosakan" oleh BN.-11/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 482  tetamu dalam talian