18Februari2018

Rakyat muak dengan kerenah pembangkang - Tiong Lai

Rakyat Malaysia sudah muak dan bosan dengan retorik, fitnah serta propaganda pembangkang sehingga menyebabkan sebilangan daripada mereka menyertai kempen undi rosak.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, golongan ini sudah tidak ‘tahan’ kerana tindakan pembangkang yang berterusan membohongi pengundi, selain menyebarkan maklumat tidak benar selama ini.

Menurut beliau, rasa bosan dan kecewa itu ditunjukkan oleh mereka dengan tidak keluar mengundi atau merosakan undi tersebut bagi memastikan kemenangan tidak berpihak kepada mana-mana parti.

“Saya tidak akan salahkan golongan ini kerana negara ini mengamalkan demokrasi. Terpulang kepada diri masing-masing untuk mengundi atau tidak.

“Rata-rata rakyat kita sudah bosan dengan kerenah pembangkang yang terlalu banyak menabur dan serta menyebarkan berita berbentuk fitnah dan tidak benar. Arus teknologi disalahguna.

“Sampai bila mahu menipu rakyat? Sampai bila mahu mempergunakan mereka untuk kepentingan peribadi? Kerana tidak tahan itulah, kempen sebegini dilancarkan. Semua ini salah pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pra pelancaran majlis ulang tahun ke-50 Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) di sini hari ini.

Tiong Lai menambah, pembangkang kini ‘panas punggung’ kerana sikap sendiri yang terlampau teruja sehingga melampaui batas menyebarkan berita palsu terutamanya tentang kerajaan Barisan Nasional (BN) saban hari.

“Penyokong yang sebelum ini pernah menyokong pembangkang juga dilihat tidak gembira, bosan dan tidak yakin dengan keupayaan parti lawan. Semua ini gara-gara angkara sendiri,” tegasnya.

Dalam pada itu, Tiong Lai tetap menyeru kepada masyarakat umum terutamanya pengundi lama dan baharu supaya berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan untuk tidak mengundi atau merosakkan undi.

“Adalah lebih baik sekiranya anda mengundi untuk kerajaan yang kuat dan stabil demi masa depan anda. Itu lebih baik daripada tidak mengundi langsung atau undi rosak. Ianya hanya akan merugikan negara,” ujarnya.

Kempen undi rosak pada PRU ke-14 dikatakan dibuat pihak tertentu sebagai tanda protes terhadap pembangkang dan BN, selepas gabungan pembangkang menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri.

Media sosial menjadi medium gerakan tertentu yang cuba mempromosikan usaha merosakkan undi menerusi mesej #UndiRosak atau #Spoiltvote dan #ProtesPRU.-13/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 834  tetamu dalam talian