18November2017

PRU14: PAS tidak jalin kerjasama dengan UMNO

PAS tidak pernah menjalin kerjasama dengan UMNO untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) , kata setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan.
 
Beliau berkata PAS hanya menjalin kerjasama dengan pihak-pihak yang mempunyai agenda sama dengan perjuangan parti itu seperti dalam isu Rang Undang-Undang 355 (RUU355)...Majlis Syura Ulama telah menjelaskan tidak boleh bekerjasama (dengan UMNO).
 
"Bagaimanapun dalam isu RUU355, kita bekerjasama dengan kerajaan pusat supaya rang undang-undang itu boleh dibentangkan di Parlimen," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Perlis di markas parti itu di Kangar,Sabtu.
 
Mengenai PRU14, Takiyuddin berkata PAS akan bertanding kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang dimenangi bekas rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat dan juga UMNO.
 
"Kita mensasarkan memenangi tidak kurang 40 kerusi Parlimen termasuk kerusi yang dimenangi UMNO selain PKR.
 
"Oleh kerana kita tiada lagi hubungan politik dengan PKR, kita akan tetap meletakkan calon di kerusi yang ditandingi parti itu yang kemungkinan boleh menang termasuk kerusi UMNO," kata Takiyuddin.
 
Beliau berkata PAS yang memenangi 21 kerusi Parlimen pada PRU13 mempunyai strategi realistik dan Majlis Syura membenarkan calon bukan Islam diletakkan di kerusi majorti pengundi bukan Islam.
 
PAS kini sedang mengenalpasti tiga calon di setiap kerusi Parlimen untuk dikemukakan kepada Majlis Syura yang akan membuat tapisan bagi memilih seorang mewakili parti itu di setiap kerusi ditetapkan.
 
Mengenai pindaan Enakmen Tatacara Jenayah 2002 (Rang Undang-Undang Jenayah Syariah) yang dibentang di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 11 Julai lepas, Takiyuddin berkata ia hanya terpakai kepada orang-orang Islam dan kesalahan yang dilakukan dalam negeri Kelantan sahaja.U
 
"Orang bukan Islam tidak terlibat. Jadi, mengapa mereka harus takut atau gusar. Pelaksanaan undang-undang ini tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak kepada negeri melaksanakan Undang-Undang Syariah sendiri," jelasnya.
 
Pindaan itu antaranya melibatkan pelaksanaan hukuman rotan syariah tidak lebih enam sebatan di tempat terbuka yang diwartakan termasuk dalam mahkamah, dengan disaksikan tidak kurang empat orang Islam di hadapan pegawai perubatan kerajaan beragama Islam.15/7/2017 - Zainal Abdul Jalil,Bernama
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 979  tetamu dalam talian