Kalau nak ambil kira jarak waktu antara sekarang dengan tarikh wajib Parlimen dibubarkan untuk pilihanraya umum ke 13 memang sudah tidak lama lagi.
Apapun lupakan kemungkinan pilihanraya yang dinanti-nantikan itu diadakan dalam bulan Januari dan Februari.
Ikut ramalan popular kalau nak sembang bab tarikh mengundi lebih baik tumpu bulan Mac keatas.
Hari terakhir untuk bubar Parlimen yakni cukup tempoh mandat lima tahun selepas pilihanraya umum ke 12 lalu ialah pada 28 April.
Jika parlimen dibubarkan pada hari itu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih ada 60 hari untuk tetapkan tarikh PRU13.Jadi boleh masuk Mei dan Jun.
Namun kini ada yang cakap-cakap yang kuat merasakan Parlimen perlu dibubarkan sebelum 21 Mac.
Alasan pada pandangan ini berkait dengan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan tamat pada hari itu.
Maka andaian yang berlegar tak mungkin Perdana Menteri nak biarkan DUN itu terbubar sendiri begitu saja.
Sepintas lalu lojiknya ada.
Sejarahnya...menang tidak pernah berlaku mana-mana DUN terbubar begitu saja.
Mengikut amalan lampau belum pernah lagi SPR tentukan tarikhnya sampai hujung 60 hari selepas bubar.
Atas sebab ini Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Khamis malam agak mencuri perhatian sekalipun ia mesyuarat biasa yang diadakan setiap bulan.
Ini kerana ia kali pertama dalam tahun ini yang mana pilihanraya akan diadakan dalam waktu terdekat bos-bos parti-parti komponen BN duduk semeja.
Namun ramallah apapun...nyata tetap payah untuk jerat Perdana Menteri untuk bagi sebarang indikasi yang boleh dijadikan sandaran untuk menghitung hari.
Bila ditanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu mengenai kemungkinan Parlimen akan dibubarkan serentak dengan DUN Johor pada 21 Mac , ini jawapan beliau: "Tidak apalah, DUN Johor, DUN Johorlah, Parlimen, Parlimenlah."
"Kita akan tahu apabila tiba masanya..kita masih meneka...tak apa teruskan tekaan...saya suka permainan meneka ini," katanya secara berjenaka.
Dijolok pula adakah mesyuarat Majlis Tertinggi BN itu merupakan mesyuarat terakhir sebelum PRU-13, beliau berkata: "Ini mungkin mesyuarat akhir atau mungkin ada lebih banyak mesyuarat lagi...juga minggu depan kita ada mesyuarat."
Sekalipun terus gam mulut pasal tarikh pembubaran Parlimen,Najib tidak sembunyi tentang perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu.
Katanya mesyuarat itu antara lain membincangkan tentang keperluan seperti persediaan dari segi manifesto, logistik dan beberapa perkara lain dalam menghadapi PRU-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Bagaimana pula tentang soal pembahagian kerusi antara partri komponen BN dan bakal-bakal calon?
Menurut Perdana Menteri pembahagian kerusi antara parti komponen BN sudah hampir selesai dan sebahagian besar penentuan calon yang bertanding pada PRU13 juga telah diputuskan.
Bagaimanapun,katanya pemilihan calon masih memerlukan penelitian yang mendalam bagi memastikan pilihan itu adalah tepat, bukan sahaja dari sudut kebolehan tetapi juga dari segi penerimaan di kawasan yang ditandingi.
"Kita akan tentukan dan kita akan maklumkan (senarai calon), ada beberapa pandangan yang kita bincang tetapi belum buat keputusan lagi," katanya.
Ditanya penilaiannya tentang tahap sokongan rakyat pada BN,Najib berkata banyak petanda menunjukkan bahawa sokongan rakyat terhadap BN bertambah positif.
Sekalipun senarionya cantikf, beliau tidak mahu sebarang sikap terlalu selesa dan yakin seolah-olah tidak ada apa yang boleh menggugat kedudukan parti itu.
"Kita pun sedar bahawa dalam masa pilihan raya ini, banyak faktor yang boleh mempengaruhi keputusan kesudahannya.
"Saya berharap kita akan gandakan usaha kita, pastikan semua urusan yang perlu dilakukan akan dilakukan dengan sebaik mungkin dan terus memberi semangat keyakinan menang kepada jentera BN kita," katanya.- 17/1/2013
IKLAN
TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!
Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







