26Julai2017

PRU 14 : Ada fakta yang bikin Pakatan tidak boleh tidor malam…

Dalam setiap pekara ada fakta yang terbentang depan mata.Begitu juga bab politik.Jadi kalau budak-budak Pakatan nak temberang lebih-lebih mereka sudah hampir dengan pintu pagar Putrajaya menjelang pilihanraya umum ke 14 elok selak dulu fakta agar tidak gigit jari nanti.


Kalangan mereka nampaknya agak besar kepala gara-gara kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ada satu kerusi saja di Parlimen sekarang.

Ia digembar gemburkan akan menjadi faktor daya penarik bagi ‘ tsunami Melayu’ yang akan robohkan kubu BN.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pada Ahad membentangkan secebis fakta yang mungkin boleh buat mereka tidak boleh tidur malam.

Menerusi laman blognya beliau yang juga Bendahari UMNO membangkitkan mengenai faktor PAS.

Kalau pada PRU ke 13 dan sebelumnya PAS berada dalam kapal gabungan pembangkang,namun kini ia mahu jalan sendiri – tanpa Pakatan dan BN.

Salleh berpendapat berdasarkan fakta keputusan pilihanraya lampau impian Pakatan Harapan untuk menguasai Putrajaya pada PRU14  semakin jauh tanpa sokongan pengundi PAS.

Katanya dulu PAS adalah tulang belakang gabungan pembangkang sebaliknya kini peranan itu dibahu DAP.

Namun pencapaian besar DAP dalam politik negara hanya tercapai dalam PRU 2008 apabila bekerjasama dengan PAS.

Keputusannya menyaksikan DAP memenangi 28 kerusi dan PKR 31 kerusi dan melalui kerjasama berterusan dengan PAS pada PRU 2013, DAP menang 38 kerusi dan PKR pula 30.

"Dahulu ketika DAP bertanding sendirian, pencapaian parti itu adalah jauh daripada memberangsangkan.Dalam PRU 1969 semasa pembangkang menang besar, DAP hanya memenangi 13 kerusi, 1974 (9), 1978 (16), 1982 (9), 1986 (24), 1990 (20) dan 1995 (9)," kata Salleh.

Seramai 84.84 peratus keluar mengundi daripada jumlah 13,268,002 pengundi berdaftar pada PRU13 dengan keputusan Barisan Nasional (BN) memperoleh 5,237,699 undi, PAS (1,633,389 undi), DAP (1,736,267 undi), dan selebihnya parti-parti lain.

"Sesungguhnya, sejarah menunjukkan PAS adalah tunjang kepada kekuatan pembangkang sepertimana UMNO adalah tunjang kepada kekuatan BN. Kini realitinya, DAP adalah tunjang kepada Pakatan Harapan," katanya.

Beliau menilai  pencapaian besar DAP dan PKR dalam PRU 2008 dan 2013 adalah kerana sokongan PAS yang bergabung dalam Pakatan Rakyat (yang sudah berkubur dan pembangkang kini membentuk gabungan baharu dikenali sebagai Pakatan Harapan).

"Tanpa sokongan pengundi PAS, tentunya DAP dan PKR tidak mencapai kemenangan ini. Tanpa sokongan PAS, tentunya DAP dan PKR tidak akan kuat lagi.

"Bayangkan tanpa PAS, sejumlah 70 peratus pengundi PAS dalam PRU 2013 tidak lagi mengundi pakatan pembangkang.Dengan peralihan undi sejumlah ini, kekuatan pembangkang tentunya tempang,"katanya.

Menurut Salleh, PKR dan Parti Amanah Negara tidak boleh membantu pembangkang untuk menarik undi Melayu kerana kedua-dua parti tersebut tidak mempunyai tapak politik yang kukuh dan gabungan mereka rapuh.

"Dengan kekurangan ini, tentunya Pakatan Harapan yang baharu ditubuhkan tidak mendapat keyakinan pengundi," katanya.- 16/7/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 597  tetamu dalam talian