23Oktober2017

Program CITP bakal capai sasaran dan KPI

Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016 - 2020 yang merupakan pelan komprehensif untuk mentransformasikan industri pembinaan menjadi moden, berproduktiviti tinggi dan mampan,  bakal mencapai sepenuhnya Prestasi Petunjuk Utama (KPI).

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Haji Fadillah Haji Yusof berkata, KPI itu dapat dicapai melalui kolaborasi strategik pihak yang berkepentingan dalam industri  termasuk Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia dan para penggiat industri swasta.

"Pendekatan ini selaras dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di mana agensi-agensi dan organisasi-organisasi berkolaborasi dan saling memanfaat kekuatan dan sumber untuk mencapai matlamat bersama. Malah, industri pembinaan telah berjaya mencapai 96.5% sasaran KPI bagi suku kedua 2017.

 “Industri pembinaan memainkan peranan penting sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Malaysia dan CITP adalah pelan tindakan bagi industri untuk menjadi sektor yang lebih selamat, lebih moden, produktif dan mampan. Kami amat gembira kerana industri pembinaan berada di landasan yang betul untuk mencapai KPI dan keberhasilan yang ditetapkan bagi tahun 2020.

"Melihatkan kemajuan CITP daripada Januari 2016 hingga Jun 2017, kami telah berjaya mencapai skor 96.5% bagi KPI secara Green atau Hijau (Way To Go),” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Menteri CITP (CITP-MC).

Semenrara itu, Ketua Eksektif CIDB Malaysia, Datuk Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid Angka perkembangan semasa dikira mengikut purata pencapaian sasaran kesemua 117 KPI sehingga Jun 2017.

Dengan sasaran keseluruhan tahun 2020 ditetapkan pada 100%, sasaran semasa bagi Jun 2017 adalah 29.93% dan daripada ini, 28.87% telah dicapai.

"Ini bererti 96.5% daripada KPI yang ditetapkan bagi Jun 2017 telah dipenuhi. Daripada 117 KPI tersebut, 88 KPI menepati Green atau Hijau (Way To Go) dengan pencapaian 90% atau lebih, dan 10 KPI adalahYellow atau Kuning (Can Do Better) dengan pencapaian antara 60% hingga 90%.  Pada masa ini, tiada  KPI berada padaRed atau Merah (Hurry Up)atau kurang daripada 60% sasaran semasa.  

 “Sejak pelaksanaan CITP mulai 2016, setiap Teras Strategik telah mencapai perkembangan yang memberangsangkan setakat ini. Keempat-empat teras strategik juga memperoleh Green atau Hijau (Way To Go)sehingga Jun 2017 dengan mencatatkan skor antara 95% dan 99%,” katanya.

Selaras dengan tagline CITP ‘Bersama Memacu Kecemerlangan Industri Pembinaan’, CIDB mengakui bahawa kolaborasi yang efektif antara pihak yang berkepentingan dalam sektor awam dan swasta amat penting dalam pelaksanaan program-program CITP dan mencapai sasaran yang ditetapkan untuk 2020.

Selaku agensi di bawah KKR, CIDB adalah agensi utama yang menyokong pelaksanaan CITP secara kolaborasi dengan penggiat awam dan swasta industri pembinaan.-12/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 798  tetamu dalam talian