17November2018

PPBM Port Dickson bagi amaran…tidak mahu lihat muka Rafizi dan Abdullah Sani turun kempen

Ini kes berat.Belum apa apa lagi sudah ada bibit keretakan dalam Pakatan Harapan menjelang pilihanraya kecil kerusi Parlimen Port Dickson dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding.
 
Gara gara sering menghentam Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Port Dickson telah keluarkan amaran kepada Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan orang kanannya yang juga Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani.
 
Mereka tidak mahu lihat muka dua mereka ini turun berkempen di pilihanraya kecil Port Dickson.
 
Pendirian ini dinyatakan dalam sidang akhbar di Port Dickson Jumaat.

Rafizi dan Abdullah Sani antara cetuskan kesangsian terhadap Dr Mahathir dan Daim dalam soal peralihan kuasa kepada Anwar dalam ucapan mereka di kempen pemilihan PKR kebelakangan ini.

Rafizi juga telah menolak anggapan kemenangan Pakatan Harapan pada PRU 14 kerana faktoir Dr Mahathir.

Abdullah Sani pula mendakwa Dr Mahathir dan Daim ada agenda untuk sekat Anwar dari jadi Perdana Menteri.

Beliau bagaimanapun meminta maaf setelah ditegur oleh Anwar.
 
Penyelaras BERSATU bahagian Port Dickson ,Ramli Awang dalam sidang akhbar itu berkata mereka tidak menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ tetapi Rafizi dan Abdullah Sani jangan datang berkempen.
 
Beliau beri amaran tidak dapat jamin sokongan 2,000 ahli PPBM kawasan itu kepada Anwar jika mereka berdua datang.
 
"Kami tiada masalah dengan PKR tetapi amat terkesan dengan dua individu ini yang kerap membuat tuduhan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin mahu menjatuhkan Anwar secara tidak bermaruah.
 
“Oleh itu, kehadiran kedua-dua mereka hanya akan memburukkan keadaan kerana sebahagian ahli BERSATU sudah terguris hati dengan tuduhan terhadap pemimpin kami selama ini,” katanya.- 14/9/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 510  tetamu dalam talian