Rab05162012

Kemaskini terakhir06:09:10 AM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Polis cadang Peguam Negara dakwa Pengerusi Eksekutif NFC

Polis cadang Peguam Negara dakwa Pengerusi Eksekutif NFC

  • PDF

salleh-s200Polis mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa Pengerusi Eksekutif Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Dr. Mohamed Salleh Ismail (gambar) atas pertuduhan pecah amanah.

Bernama melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan pihak Peguam Negara Selasa lepas bagi menyiasat beberapa perkara lain.

“Kita ada menyelitkan cadangan ini agar pihak Peguam Negara mengambil tindakan itu. Kertas siasatan ini akan dikembalikan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Isu NFC yang diterajui Mohamad Salleh, suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lalu menyatakan pusat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Ia semakin panas selepas pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek Lembah Daging di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. – 25/2/2012


IKLAN

Mari memancing udang di Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.