14Disember2018

Polis akan panggil sembilan termasuk Zahid dan Waytha Moorthy beri keterangan...

Ekoran kehangatan isu bantahan terhadap ICERD dan klip video interbiu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy  serta kes hina promoter beer kebelakangan ini ,polis akan panggil sembilan individu untuk beri keterangan.
 
Sembilan yang berkenaan termasuk Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi dan  Waytha Moorthy.
 
Lain lain ialah Datuk Azwanddin Hamzah; Pengerusi Gabungan 3, Ravinder Singh; Timbalan Pengerusi Gabungan 3, Amran Ahmad; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanah Rata, Chiong Yoke Kong; Adun Tras, Chow Yu Hui.

Polis juga akan merakamkan kenyataan lelaki yang didakwa menghina seorang wanita promoter beer di sebuah pasaraya baru baru ini, Muhamad Edi Mohamad @Edi Rejang serta Lau Shan Thean.
 
Lau adalah lelaki di sebalik video yang tular di media sosial mencabar Edi Rejang untuk berdepan dengannya.
 
Hal ini diberitahu oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dalam satu sidang akhbar Ibu pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur Jumaat.

Beliau tidak beritahu atas kes apa mereka akan dipanggil beri keterangan tetapi kata keterangan mereka diperlukan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (KK) kerana sengaja mengaibkan dengan niat memecahkan keamanan, Seksyen 505 KK kerana kenyataan yang mendatangkan khianat awam dan Seksyen 506 KK kerana menggungut. 
 
Menurutnya setakat ini polis telah menerima sebanyak 160 laporan polis dari seluruh negara membabitkan sembilan individu berkenaan sejak dua minggu lalu bagi menggesa PDRM mengambil tindakan terperinci berhubung perkara tersebut.
 
“Kesemua individu itu akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis dalam masa terdekat ini.
 
Tambah Noor Rashid, pihaknya memandang serius berhubung perkara ini kerana dilihat menimbulkan kegelisahan dan kegusaran orang ramai.
 
“Kita menghormati hak kebebasan bersuara namun ia perlu diamalkan dengan tanggungjawab serta mengikut batasan undang-undang.
 
“Masyarakat juga dinasihatkan untuk tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan yang ditularkan serta hasutan mana-mana pihak yang boleh menjejaskan perpaduan serta keselamatan negara.,” ujarnya. – 23/11/2018
 
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 375  tetamu dalam talian