23Oktober2017

PM usik Azmin... ‘Senyum ada makna tu’

Bikin rosak ana punya program... itu mungkin ayat yang bermain di kepala sesetengah pemimpin pembangkang selepas gambar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali ketawa riang di sebelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tersebar petang Khamis.

Najib mengusik Azmin dengan status ‘Senyum ada makna tu’, pada gambar yang dimuat naik di laman sosial rasmi beliau.

Pemimpin pembangkang ketika ini giat menimbulkan kebencian kepada Najib menjelang perhimpunan yang akan diadakan di Padang Timur Petaling Jaya pada Sabtu.

Gambar Azmin tersenyum dan 'soft' itu sudah tentu merosakan impian sesetengah pemimpin pembangkang yang cuba mengambarkan Najib seperti drakula yang menghisap darah rakyat.

Foto tersebut dipercayai diambil ketika pada Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247 di Istana Negara semalam.

Dalam gambar berkenaan, kelihatan Azmin diapit beberapa Menteri Besar kerajaan Barisan Nasional (BN) antaranya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Malah majlis turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Juga kelihatan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Azmin hadir menemani Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247 yang diadakan di Istana Negara.

Mesyuarat diharidiri Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Turut berangkat ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Sultan Kedah Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah serta Sultanah Kedah Tengku Maliha Tengku Ariff.-12/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 699  tetamu dalam talian