20September2014

PM tepati janji bulan lalu – lancar Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

najib-perumahan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengotakan apa yang dijanjikannya dalam tempoh tidak sampai sebulan selepas pengumuman dibuat, apabila dia melancarkan fasa pertama program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Putrajaya pada Khamis.

Selepas menyempurkan majlis pecah tanah di Presint 17 pada awal pagi, Najib kemudian bergegas ke hotel Everly berdekatan untuk melancarkan PPA1M  yang membabitkan pembinaan 10,336 unit rumah.

Pada 27 Mac lalu Najib telah mengumumkan pembinaan projek PPA1M untuk penjawat awam akan dibina di Presint 17, 11 dan 5. Kediaman berkenaan berharga antara RM150,000 hingga RM300,000 mengikut keluasan lantai minima tidak kurang daripada 1,000 kaki persegi.

“Bakal pemilik hanya perlu membayar deposit RM2,000. Bayaran ansuran kediaman hanya bermula apabila projek telah siap. Ini tak pernah dibuat oleh kerajaan sebelum ini," katanya.

Perdana Menteri berkata PPA1M akan memanfaatkan 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara dan dijangka siap dalam masa 18 bulan. Katanya, keutamaan akan diberikan kepada keluarga berpendapatan isi rumah tidak lebih RM8,000, serta mereka yang telah lama menetap di Putrajaya.

Katanya, fasa pertama 1,000 unit rumah di Presint 17 dan 256 unit di Presint 11 dilaksanakan secara projek perkongsian awam-swasta, iaitu antara SP Setia Bhd dengan Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Putrajaya Holdings, dengan subsidi diberikan kerajaan dalam bentuk penyediaan tanah dan suntikan dana modal.

"Ini bermakna kira-kira 10 peratus kos pembinaan rumah itu ialah daripada suntikan modal kerajaan supaya harga itu nanti dapat kita kurangkan, kalau tidak ada sumbangan dana modal daripada kerajaan, harganya boleh jadi tidak kurang setengah juta ringgit," katanya.

Fasa ketiga pula membabitkan 1062 unit kediaman di Presint 5. Setiap unit kediaman PPA1M akan dilengkapi dengan kemudahan letak kereta, surau, dewan serbaguna, tadika, taska dan kemudahan sokongan lain.

Pada sidang media selepas pelancaran, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku berkata pelancaran PPA1M membuktikan kerajaan memahami kehendak penjawat awam yang bekerja di Putrajaya untuk memiliki rumah sendiri.

Adnan, yang akan mempertahankan kerusi parlimen Putrajaya, berkata dengan terlaksananya PPA1M, PR1MA, penubuhan sebuah sekolah agama serta sekolah menengah agama berasrama dan penambahan tempat letak kereta di kawasan-kawasan kediaman sedia ada di Putrajaya, pembangkang kini tidak mempunyai modal untuk dijadikan isu di parlimen berkenaan.

Sementara itum Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman sependapat dengan Adnan dan katanya dengan projek PPA1M itu, tidak ada sebab bagi para penjawat awam untuk tidak menyokong kerajaan. Malah, katanya golongan berkenaan harus memastikan kerajaan sedia ada terus dikekalkan demi kebajikan mereka.

Penjawat awam yang berminat membeli unit rumah berkenaan boleh memuat-turun borang PPA1M-1 daripada laman web www.ppj.gov.my  atau mendapatkannya di kaunter Perbadanan Putrajaya. – 18/4/2013.OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 791  tetamu dalam talian