Bukat setakat kata-kata...tetapi tertera dalam hitam putih.Datuk Seri Najib Tun Razak tengahari Rabu menandatangani ikrar intergriti pilihanraya sebagai membuktikan komitmen kerajaan pimpinannya menawarkan calon-calon yang bersih,mantap dan berkelayakan untuk pulihanraya umum ke 13.
Ia juga sebagai jaminan BN hendak hadapi pilihanraya itu dengan telus dan adil.
Ikrar itu ditandatangani dalam majlis ringkas di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya disaksikan oleh para pemimpin parti komponen Barisan Nasional termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Majlis yang simbolik itu juga disaksikan oleh Presiden Transperancy International Malaysia Datuk Paul Low dan Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohamed Shukri Abdul.
Ikrar yang ringkas dan padat itu antara lain menetapkan calon BN yang bertanding PRU13 mesti berpegang kepada prinsip kebenaran,intergriti dan beretika.
Ini termasuk tidak menerima atau memberi rasuah atau terbabit dalam sebarang salahlaku korup.

Calon-calon juga mesti mengutamakan rakyat mempertahan good governance dan juga mematuhi akta salahlaku pilihanraya 1954.
Dalam kenyataan ringkas yang diedarkan kepada media selepas majlis itu Najib berkata sebaik saja nama calon-calon BN diumum nanti,semua diwajib tandatangan ikrar intergriti itu.
Menurut beliau calon-calon BN yang dipilih sudahpun melalui proses saringan SPRM dan sepatutnya mereka beri komitmen untuk pilihanraya bersih dan adil dengan menandatangani ikrar itu.
Tengku Adnan yang diminta ulas kenapa beliau dan para pemimpin BN lain yang hadir di majlis itu tidak tandatangani ikrar berkenaan berkata," 'dah jadi calon baru mereka boleh sign (ikrar)'.
Antara pemimpin komponen BN yang hadir sama ialah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek,Presiden MIC Datuk G Palanivel,Presiden PBB Tan Sri Taib Mahmud,Presiden PPP Datuk M Kavyeas,Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon,Datu Maximus Ongkili,Tan Sri Benard Dompok danTan Sri Joseph Kurup- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL
IKLAN
TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!
Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah. 
Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA. 
Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.
Blog 1 Malaysia
Other Thots - A Kadir Jarin
Kuda Kepang - Ruhani Ahmad
Dunia ... - Ibrahim Yahya
Chedet - Tun Dr Mahathir Mohammad
Cetusan - Dr Mohammad Khir Toyo
Peribumi Perkasa Negara
Teh Tarik Bersama YB
Syed Hamidalbar dot net
Ilustrasi - Salleh Tuh Said
Hafarizam Harun
Perisik Rimba
Syed Ali Alhabshee
YB Dato' Shahrir
Nota Shabery
Rembau Dot Net
AlifBaTa - Kamal Zalani
Direct to the point - Raduan Taib
Suara Dari Seberang - Reme Ahmad
Baca Jangan Tak Baca - Norzah
Di kubu gajah - Raja Ahmad Zainuddin
Itu bukan Anwar !!!- Wan Azizah







