14November2018

PM lancar logo Tahun Memperkasa Wanita 2018...

Negara yang meminggirkan atau tidak komited untuk memartabatkan peranan wanita dalam arus pembangunan akan menghadapi kesukaran mencapai kejayaan kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia menyedari pentingnya peranan wanita dan sentiasa berusaha meninggikan peranan dan martabat mereka dalam pembangunan negara agar terus berada di tahap yang tinggi.

“Negara yang selama ini tidak menunjukkan komitmen mereka untuk memperkasakan wanita sudah pun sedar kalau wanita tidak disampingkan maka negara berkenan tidak mungkin berjaya.

“Apatah lagi dalam revolusi industri 4.0, peranan wanita semakin penting dan sebab itulah kita melihat peranan wanita lebih-lebih lagi pada tahun ini,” katanya.

Najib berkata demikian pada majlis pelancaran logo dan menjenamakan Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18) di Putrajaya, Rabu.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Rohani Abdul Karim, "Wanita Gemilang” dipilih sebagai slogan bagi TMW18 menepati hasrat kementeriannya untuk memastikan inklusiviti terhadap wanita selain berdaya saing di peringkat global.

Pada majlis itu, tiga orang wanita diumum sebagai ikon TMW18. Mereka ialah sukarelawan, Tengku Datin Paduka Setia Zatashah, usahawan e-dagang dan pemilik Fashion Valet, Vivy Yusuf dan selebriti terkenal dan juga seorang ahli perniagaan yang berjaya, Noor Neelofa Mohd Noor.-17/1/2018- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 520  tetamu dalam talian