23November2017

PM buat kejutan, akan telefon rakyat secara rawak...

Rakyat berpeluang untuk bercakap dengan Perdana Menteri dan pemimpin tertinggi negara yang lain menerusi telefon yang disediakan sempena Ekspo Negaraku Kuala Lumpur 2017 yang bermula esok hingga 15 Disember depan.
 
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, deringan telefon itu akan dibuat secara rawak dan individu bertuah akan dapat bercakap dengan Datuk Seri Najib Tun Razak secara live. 
 
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Rahman Dahlan melawat Simulasi Train di tapak Expo Negaraku 2017 semasa Media Preview di Kubah Expo Negaraku Dataran Merdeka
 
Katanya ia adalah sebahagian daripada program yang disusun atur oleh pihak pengurusan sebagai tarikan kepada para pengunjung.
 
“Bila telefon berbunyi pengunjung perlu mengangkat untuk mendengar penjelasan tentang industri telekomunikasi, kita juga randomly minta menteri-menteri termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk memanggil mana-mana telefon yang random itu, mana-mana pengunjung yang dapat angkat telefon dimana panggilan dibuat oleh Perdana Menteri contohnya, beliau akan dapat berinteraksi dengan perdana menteri.
 
“Kita akan minta pemimpin negara membuat panggilan telefon dan mereka akan dapat berbicara dengan pemimpin negara,” katanya.
 
Program itu juga jelas Rahman lagi turut menyediakan pelbagai program interaktif sekaligus membawa kelainan daripada pameran-pameran yang pernah dianjurkan pihak kerajaan sebelum ini. 
 
Simulasi berkenaan cara pengendalian sistem penerbangan di tapak Expo Negaraku 2017
 
Katanya, berbanding pameran dan program lalu yang hanya bersandarkan bacaan, ekspo kali ini adalah bersifat interaktif kepada pengunjung menghayati setiap slot dalam bentuk tiga dimensi.
 
“Pameran yang diadakan dalam lima kubah khas yang dibina itu adalah bersifat interaktif yang menyediakan peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat mengenai segala infrastruktur pengangkutan awam negara hanya menerusi sentuhan, mendengar dan mencuba program simulasi pengangkutan yang disediakan.
 
Katanya, ekspo yang mempromosikan infrastruktur negara bertaraf antarabangsa itu adalah program julung kali menerus cetusan idea Najib yang mensasarkan kunjungan 500,000 orang selama 30 hari.
 
Katanya, kubah ketiga dalam ekspo itu menyediakan segmen telekomunikasi dengan pengunjung berpeluang menggunakan simulasi pengawal menara trafik udara untuk berkomunikasi dengan juruterbang bagi pelepasan dan pendaratan pesawat di lapangan terbang.
 
Tambah beliau, pengunjung juga boleh merasai sendiri simulator memandu bas Rapid, simulator perjalanan tren pelbagai Transit Aliran Ringan (LRT), MRT, Sistem Transit Rapid (RTS) Link dan rel berkelajuan tinggi (HSR) dengan tempat duduk sebenar beserta maklumat di skrin televisyen memaparkan destinasi yang dilalui tren. 
 
“Sepanjang ekspo berkenaan, jalan berhampiran Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad akan ditutup untuk awam, dan orang ramai digalakkan menggunakan bas, tren dan motosikal untuk keselamatan umum.
 
“Malah perbincangan telah diadakan dengan perkhidmatan Grab yang bersetuju menyediakan diskaun RM5 untuk pengunjung ekspo bagi setiap perjalanan mereka.
 
“Selain itu, bagi memastikan pengunjung dapat menghayati setiap slot dalam lima kubah itu, kita akan memastikan pergerakan pelawat secara berperingkat supaya suasana lebih selesa dan tidak diganggu kesesakan terlampau.
 
“Untuk memastikan kanak-kanak dan dewasa terhibur, kita menyediakan trak makanan bergerak, permainan futsal dan program menarik untuk kanak-kanak,” katanya.-14/11/2017- OLEH NUR ALINDA NASIR
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 659  tetamu dalam talian