21Oktober2017

PM baru minta jangan sabotaj ekonomi negara…pembangkang buat pekak terus main drama di Dewan Rakyat

 
Siapa saja yang ikuti sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat pagi Isnin pasti dapat melihat dengan mata kepala sendiri gelagat puak pembangkang nak terus main politik yang boleh buat rosak ekonomi negara.
 
Gelagat Ahli Parlimen DAP Kampar Dr Ko Chung Sen buat dakwaan semberono mengenai Rapid Pengerang telah mencetuskan rasa geram Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan hingga beliau kata ia akan dibuat itu pelabur luar akan melihat Malaysia sebagai ‘ paria’.
 
Kehangatan dalam sidang Dewan Rakyat itu berlaku tidak lama selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam jawapan kepada soalan mengenai nilai ringgit Malaysia merayu agar semua pihak tanpa kira ideoloji politik tidak sabotaj ekonomi negara.
 
"Ini amat penting sebab kepentingan negara sepatutnya mengatasi segala-galanya dan inilah yang saya harap dan saya merayu jangan ada unsur-unsur sedemikian," katanya ketika jawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor).
 
Sebenarnya pada Sabtu Najib telah menyuarakan harapan sama semasa melancarkan program Ekspresi Negaraku di Putrajaya dimana beliau mendedahkan Malaysia nyaris terlepas pelaburan Aramco sebanyak RM31 billion semasa lawatan Raja Salman kerana maklumat palsu yang disebar mengenai ekonomi Malaysia.
 
Ahad..beliau turut cakap mengenai isu sama semasa merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Pekan.
 
Sekalipun bercakap berkali-kalipun pembangkang nampaknya buat pekak kerana nawaitu politik mengatasi segalanya.
 
Dr Ko dalam soalan tambahan selepas Rahman jawab soalan asalnya pasal projek Rapid serta pelaburan RM31 billion Aramco main sedap mulut dakwa seolah Malaysia rugi kerana bagi ekuiti 50 peratus projek itu sedangkan keseluruhan kos projek di Pengerang ialah RM89 billion.
 
Dakwanya dengan pelaburan RM31 billion Aramco patut dapat 35 peratus ekuiti bukan 50 peratus.

 
Juga dakwanya apakah Armco dapat ‘ keistimewaan’ bayar murah kerana sumbangan (RM2.6 billion) pada Perdana Menteri.
 
Rahman lantas kata Ahli Parlimen DAP itu buat dakwaan tidak berfakta dan berterabur.
 
Katanya jika beliau baca dan faham hal sebenar pada keseluruhan projek di Pengerang ia tidaklah seperti didakwa.
 
“Walaupun you doktor…saya nak sekolahkan you,”katanya ketika bertikam lidah bila Dr Ko tuduh kerajaan nak jual Rapid Pengerang pada Arab Saudi ekoran pelaburan Aramco sebanyak RM31 billion.
 
Beliau menjelaskan fakta sebenar ialah keseluruhan projek di Pengerang dipanggil Pengerang International Petroleum Complex (PIPC) manakala projek Rapid adalah sebahagian dari PIPC  dan dalam Radid itu baru ada usahasama Petronas-Aramco.
 
Katanya jika Ahli Parlimen itu faham beliau tidak akan memalukan dirinya sendiri buat tuduhan tidak berfakta itu serta mengelirukan rakyat.
 
Rahman jawap soalan Dr Ko bersentak dengan soalan mengenai Rapid Pengerang yang turut dikemukakan oleh Ahli Parlimen PKR Gombak,Datuk Seri Azmin Ali.
 
Beliau menyifatkan soalan Azmin yang bertanya adakah keputusan Aramco pada Januari lalu putuskan tak jadi labur dalam projek Rapid Pengerang ( sedangkan Aramco baru ini dah tandatangan usahasama RM31 billion) kerana siasatan Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) isu IMDB.

 
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu sifatkan soalan Azmin’ low class’.
 
Beliau dakwa semua cerita itu datang dari akhbar Wall Street Journal bersumberkan tiga pihak tertentu termasuk Claire Brown dari Sarawak report.
 
Rahman percaya dua pihak lagi kemungkinan dari pembangkang.
 
“Saya nak bagitahu YB kalau nak tanya soalan..tanya soalan berkualiti…jangan petik dari Wall Street Journal,”katanya.
 
Kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang terkedu mendengar penjelasan berfakta dari menteri itu cuba mempermainkan dan jerit ‘ jawapan low class’.
 
Rahman juga menjelaskan kejayaan membawa masuk pelaburan RM31 billion Aramco bukan dicapai dalam sehari dua kerana ia melibatkan pelaburan yang cukup besar.
 
Katanya rundingan berlangsung selama dua tahun lamanya.
 
Beliau memuji kebijaksanaan para pegawai Petronas yang terlibat dalam rundingan dengan Aramco hingga berjaya membawa masuk pelaburan RM31 billion itu.- 20/3/2017
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 778  tetamu dalam talian