19Ogos2017

Pilihanraya kecil DUN Pujut di Sarawak 4 Julai…

Pilihanraya kecil sudah tidak boleh diadakan di semenanjung kerana sudah melalui tempoh ‘ matang’.Namun lain cerita di Sarawak yang baru adakan pilihanraya negeri tahun lalu.
 
Ekoran pemecatan ADUN DAP kawasan Pujut di Miri, Dr Ting Tiong Choon kerana kes memiliki kewarganegaraan Australia,SPR pada Jumaat tetapkan pilihanraya kecil di situ adakan diadakan pada 4 Julai ini.
 
Penamaan calon untuk pilihanraya kecil itu pula akan diadakan pada 20 Jun.
 
Ia diumumkan oleh Pengerusi SPR Datuk Seri Hashim Abdullah selepas mesyuarat di pejabatnya di Putrajaya.
 
Dr Ting dipecat menerusi pengundian di DUN Sarawak pada 12 Mei yang menyaksikan 70 wakil rakyat menyokong manakala 10 yang lain menentangnya.
 
Ini susulan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh (BN - Bawang Assan) mendakwa Ting memiliki kewarganegaraan Australia dan seterusnya mengemukakan usul itu terhadapnya.
 
Beliau memetik Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan bahawa mana-mana orang yang dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan asing atau menikmati hak-hak kerakyatan asing akan hilang kelayakan sebagai seorang ADUN.
 
Pada pilihan raya negeri Sarawak Mei tahun lalu, Ting, yang menjalani latihan sebagai doktor perubatan di Australia, meraih 8,899 undi untuk memenangi kerusi berkenaan, menewaskan pencabarnya,calon BN   , Hii King Chiong yang mendapat 7,140 undi, calon PAS Jofri Jaraiee (513 undi) dan calon Bebas Fong Pau Teck (375 undi).- 19/5/2017
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 578  tetamu dalam talian