18Julai2018

Persidangan Dewan Negara diawalkan mulai 26 Mac

Persidangan Dewan Negara yang dijadualkan bermula 16 April dan berakhir 30 April diawalkan mulai 26 Mac dan tamat 5 April serentak dengan sidang Dewan Rakyat.
 
Perubahan ini sekali gus menimbulkan teka teki bahawa Parlimen hanya akan dibubarkan paling awal pada 6 April, sehari selepas kedua-dua menamatkan persidangan penggal ke enam Parlimen ke 13.
 
Ini juga menolak jangkaan sesetengah pihak Parlimen akan bubar sebaik sahaja selesai membahas dan meluluskan usul persempadanan semula yang dikatakan akan dibentang Isnin depan.
 
Bukan sesuatu pelik kedua-dua Dewan bersidang serentak kerana ia berlaku berlaku sebelum ini.
 
Difahamkan, Dewan Rakyat akan terus bersidang mengikut jadual dengan membentangkan beberapa rang undang-undang termasuk Perbekalan Tambahan dan akta baru menangani berita palsu.
 
Senator Datuk Megat Zulkarnain Omar Din ketika dihubungi BNBBC.my portal mengesahkan menerima pemberitahuan atau notis mesyuarat Dewan Negara akan bermula Isnin depan.
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 550  tetamu dalam talian