21Jun2018

Pengerusi SPR berhenti pada 1 Julai…

Ini juga memang sudah dijangka.Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah akan berhenti pada 1 Julai ini. 

 

Tempoh perkhidmatan beliau dipendekkan. 

 

Sebelum pilihanraya umum ke 14 kalangan pimpinan Pakatan Harapan telah membuat pelbagai dakwaan seolah beliau memihak kepada BN. 

 

Namun Mohd Hashim telah menafikan. 

 

SPR dalam satu kenyataan Rabu memaklumkan pemendekan tempoh perkhidmatan itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dimaklumkan melalui surat daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara bertarikh 7 Jun. 

 

Kenyataan itu menyebut pemendekkan tempoh perkhidmatan ini juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad melalui surat rasmi pada 11 Jun 2018. 

 

"SPR turut merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Hashim atas khidmat bakti beliau sepanjang perkhidmatan di SPR," menurut kenyataan itu. 

 

Mohd Hashim mula menyertai SPR pada 5 Sept 2014 sebagai Timbalan Pengerusi dan dilantik sebagai Pengerusi pada 24 Jan 2016.- 13/6/2018

 

 

 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 970  tetamu dalam talian