23Oktober2017

Penduduk PJ bantah himpunan pembangkang di taman awam

Pihak polis tidak akan membenarkan himpunan pada 14 Oktober ini di sebuah taman awam di Petaling Jaya berikutan bantahan penduduk setempat yang menggunakan taman tersebut sebagai tempat reakrasi bersama keluarga.

Pakatan Harapan sebelum ini mahu menganjurkan himpunan ‘Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ Padang Timur, Petaling Jaya pada Sabtu ini.

Menurut Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, polis tidak ada mengeluarkan permit untuk  himpunan tersebut.

Mohamad Fuzi berkata, keputusan itu dibuat kerana ada bantahan daripada penduduk setempat.

Malah terdapat laporan polis dibuat berhubung perhimpunan itu.

“Kita telah membuat keputusan semalam, kita tidak akan memperakukan permohonan yang dipohon itu atas banyak alasan.

“Yang pertama kita ada beberapa laporan polis yang dibuat penduduk setempat membantah perhimpunan itu diadakan… Difahamkan kita sudah menerima tidak kurang daripada empat laporan polis kerana isu kesesakan lalu lintas yang akan menyukarkan penduduk setempat,” kata beliau sebentar tadi.

Selain itu, faktor tempat yang terlalu kecil juga menyebabkan perhimpunan itu tidak sesuai diadakan di tapak tersebut, kata Mohamad Fuzi.

“Yang kedua, perhimpunan itu saya dimaklumkan antara 20,000 orang dijangka hadir tapi kapasiti tempat itu sebenarnya tidak boleh tampung, jadi bayangkan tempat yang sempit sudah tentu akan menjadi kesesakan sebab ia tidak jauh dari lebuh raya,” ujarnya.

Bagaimanapun, Mohamad Fuzi berkata, polis mencadangkan kepada penganjur supaya menukar lokasi ke Stadium Kelana Jaya yang mampu memuatkan ramai orang dan mempunyai lebih banyak akses.

Mohamad Fuzi juga berkata, langkah memindahkan lokasi juga akan memudahkan pihak penganjur menyusun program, selain memudahkan pihak polis membuat kawalan serta mengelak perkara buruk daripada berlaku.

“Saya rasa lebih tersusun dan mereka mudah mengadakan kawalan dan kita pun mudah buat kawalan.

“Maklumlah perhimpunan sekarang macam-macam boleh berlaku, kalau perkara buruk berlaku nanti kita yang dipersalahkan,” ujarnya.

Jika penganjur masih berdegil, polis akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Terpulang kepada mereka, kita ada undang-undang APA (Akta Perhimpunan Aman) dan kita akan ambil tindakan selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada,” ujarnya.

Perhimpunan itu akan dihadiri oleh PKR, DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Sementara itu, Presiden PAN, Mohamad Sabu berkata mereka akan meneruskan juga himpunan di tempat yang dirancang walaupun tanpa izin daripada pihak polis.

“Di atas kebenaran Majlis Perbandaran Petaling Jaya, tempat ini adalah tempat sesuai untuk mengadakan himpunan.

“Soal kehadiran kita dapat pastikan sebanyak mana, namun ia adalah lokasi yang sesuai dan mencukupi untuk kehadiran” katanya.

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din memaklumkan bahawa pihaknya tidak bersetuju dengan pemilihan Padang Timur sebagai lokasi himpunan berdasarkan faktor mengganggu penumpang sistem transir aliran ringan (LRT) di Taman Jaya dan perkhidmatan bas di sekeliling kawasan itu.-11/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 703  tetamu dalam talian