16Oktober2018

Pemuda UMNO hantar misi bantuan mangsa gempa Palu...

Pergerakan Pemuda UMNO menggerakkan satu pasukan sukarelawan khas Misi Bantuan Perubatan dan Kemanusiaan ke Kota Palu, Indonesia yang akan bertolak pagi esok sehingga 16 Okt ini, kata ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
 
Beliau berkata pasukan itu pertama kali ditubuhkan di bawah inisiatif pergerakan bagi membantu pasukan penyelamat badan bukan kerajaan (NGO) terbesar di Indonesia iaitu ATC (Aksi, Cepat, Tanggap). 
 
"Pasukan yang terdiri dari 11 sukarelawan ini diketuai Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka Dr Akmal Saleh serta ditubuhkan bagi membantu ACT mencari dan menyelamat mangsa-mangsa gempa bumi.
 
"Pasukan ini akan membawa ubat-ubatan, memberi rawatan terhadap mangsa tercedera, melaksana 'Search and Rescue' dalam mencari mayat yang masih tertimbus serta membantu pengurusan jenazah yang belum sempurna," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Pasukan itu terdiri dari enam doktor perubatan, ahli farmasi (seorang), ahli fisioterapi (seorang) dan tiga sukarelawan penyelamat.
 
Pasukan itu membawa ubat dan peralatan menyelamat bernilai hampir RM35,000 yang merupakan hasil inisiatif sekretariat dan sumbangan orang ramai.
 
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan berbentuk kewangan dan bekalan ubat-ubatan kepada pasukan misi itu boleh menyalurkannya terus ke akaun BANK CIMB-PEMUDA UMNO MALAYSIA : 8000632311. -9/10/2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 700  tetamu dalam talian