13Disember2018

Pemuda UMNO desak tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja isu RM18 billion wang GST

 
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) amat terkejut dan memandang serius kenyataan yang dibuat oleh YB Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sewaktu perbahasan Rang Undang-Undang berkaitan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di Dewan Rakyat pada hari semalam.
 
YB Menteri telah mendakwa Kerajaan BN sebelum ini telah berkomplot *MEROMPAK* sejumlah RM19. 4 billion dari tabung "Input Tax Credit" GST yang bakal dikembalikan kepada perniagaan sejak 3 tahun pelaksanaan GST.
 
Tuduhan *ROMPAKAN* atau *KETIRISAN* ini adalah suatu perkara yang amat serius kerana ia bukan sahaja melibatkan *Wang Rakyat* bahkan membabitkan integriti dan kompetensi ribuan kakitangan awam dan professional di dalam pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan sebagaimana dakwaan YB Menteri termasuklah Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) dan Audit Negara.
 
Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO meminta agar pihak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk segera memohon perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk menubuhkan *SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA* bagi menyiasat dakwaan ini dengan kadar segera dan secara *TELUS TANPA PREJUDIS*.
 
Pemuda UMNO percaya penubuhan Suruhanjayq Siasatan DiRaja ini amat penting kerana tuduhan ini dibuat oleh seorang Anggota Pentadbiran Tertinggi Kerajaan dan melibatkan pelbagai Kementerian dan Agensi yang boleh menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa. Rakyat juga berhak untuk mengetahui kebenaran mengenai perkara ini secara terbuka dan adil.
 
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 
9 Ogos 2018
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 591  tetamu dalam talian