09Disember2018

Pemilihan PKR : Azmin belum buat keputusan

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau masih belum membuat keputusan mengenai jawatan yang ingin ditandinginya pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bulan depan.
 
Timbalan Presiden PKR itu berkata beliau akan mengumumkan keputusan mengenainya kelak kerana keutamaannya kini adalah pada persidangan Parlimen yang sedang berlangsung dan berakhir 16 Ogos.
 
"Saya akan memberikan keputusan kemudian. Pada ketika ini saya hanya mahu fokus pada persidangan Parlimen. (Sebagai menteri) Saya mempunyai kewajipan untuk menjawab semua soalan yang diberi kepada kami," katanya, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen Rabu.
 
Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor menawarkan diri bertanding jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti Ogos ini.

Keputusan itu diambil selepas berbincang dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan penyandang jawatan Presiden PKR.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata beliau menyokong penuh pendirian bapanya yang ingin bertanding jawatan Presiden.

"Sudah tiba masanya Anwar Ibrahim kembali aktif dalam politik dan memegang jawatan penting dalam parti. Ini kerana sebelum ini, Ketua Umum PKR itu telah dinafikan haknya (untuk aktif berpolitik) oleh kerajaan terdahulu.

"Keadilan itu juga perlu diberikan sama rata kepada semua pihak termasuk bekas Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang menerima nasib sama," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Rafizi merupakan Naib Presiden PKR.-18/7/2018
 

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 383  tetamu dalam talian