16Januari2018

Pemberi rasuah selalu terlepas... apa nak buat?

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melihat aspek pemberi rasuah yang sering kali terlepas pandang dan tidak menerima hukuman di atas kesalahan yang dilakukan.

Beliau yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri berkata, perseimbangan di antara pemberi dan penerima rasuah harus diberi penekanan kerana kedua-duanya mempunyai hubung kait.

"Saya yakin apa yang dilakukan SPRM iti adalah sesuatu yang mendapat dokongan daripada rakyat, kementerian, agensi namun  badan korporat dan pihak swasta juga harus berikrar untuk membasmi rasuah.

"Kalau tak ada yang memberi pasti tiada yang menerima. Ini pasti. Saya yakin SPRM akan lihat aspek pemberi rasuah yanh sering terlepas pandang kerana tidam ramai pemberi rasuah yanh dihukum. Perlua ada keseimbangan hukuman memberi dan menerima.

"Tidak adil jika siasatan dakwaan dan hukuman dikenakan kepada penerima sahaja. Tidak dinafikan ada pemberi yang menerima hukuman, tetapi jarang didengar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di PrograM Millennials Empowerment Summit 2017 (MES) anjuran Biro Pelajar Luar Negara pada Isnin.

Turut hadir Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Tambah Ahmad Zahid, pihaknya turut mendokong cadangan SPRM yang melihat penglibatan rasuah dalam sektor swasta, badan korporat dan individu seperti usahawan yang  menjalankannha dengan alasan untuk melicinkan serta memudahkan urusniaga.

"Saya yakin dengan SPRM dan rakyat meletakan harapan tinggi kepada agensi tersebut, namun tanggungjawab menurunkan penarafan Malaysia yang berada di kedudukan 55 di dunia bukan hanya terletak di bahu SPRM tetapi melibatkan semua pihak.

"Kita semua perlu bertanggungjawab, bukan mereka (SPRM) sahaja. Kerajaan, pihak pembangkang, pihak swasta dan individu perlu memainkan peranan kerana mustahil ia dapat dicapai tanpa jalinan semua pihak," katanya.-4/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 799  tetamu dalam talian