18Julai2018

Pembatalan 'tiba tiba' undangan ceramah berlaku selepas PRU14 - Ustaz Kazim

Pendakwah terkenal, Datuk Kazim Elias yang berdepan masalah dana untuk tampung Unit Tahfiz Al-Quran Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi dekat Ipoh dakwa sebilangan undangan ceramah agama beliau dibatalkan 'tiba tiba' selepas pilihanraya umum ke 14.
 
Beliau bagaimanapun enggan dedahkan tempat berlaku pembatalan itu kerana tidak tahu puncanya dan pihak mana yang beri arahan itu.
 
Malah katanya ada ketika pembatalan itu dibuat semasa beliau sudah berada di bilik menanti untuk beri ceramah.
 
Ada ketikanya masa beliau sudah berada di atas lebuhraya sedang menuju ke tempat ceramah.
 
Katanya jumlah pembatalan mengejut ini bukan sedikit dan semuanya berlaku selepas PRU14.
 
Beliau menjelaskan pembatalan dan makin kurangnya terima undangan ceramah menjejaskan pengumpulan dana untuk tampung pusat tahfiz itu.

Untuk rekod pendakwah yang popular ini tidak pernah hadapi masalah pembatalan undangan ceramah semasa pentabiran kerajaan BN sebelum ini.
 
Ustaz Kazim beritahu demikian dalam sidang akhbar Rabu ketika menjawab soalan mengenai pembatalan ceramah ceramahnya yang antara punca berlaku kurang dana untuk tampung pusat tahfiz yang dikendalinya.
 
 Al-Barakah pada 7 Julai lalu telah iklankan di Mudah.my untuk menjual unit tahfiz berkenaan pada harga RM5 juta.
 
 
Dalam sidang akhbar berkenaan Ustaz Kazim kata penjualan pusat tahfiz yang kini menampung 100 pelajar dan memerlukan perbelanjaan RM150,000 sebulan adalah salah satu pilihan yang sedang ditimbangkan.
 
Beliau juga memberitahu rancangan penjualan itu ditangguhkan sementara menunggu hasil perbincangan beberapa pihak termasuk kerajaan negeri Perak yang berhasrat membantu unit berkenaan.
 
Katanya sejak publisiti mengenai masalah dihadapinya pihaknya menerima banyak maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk masyarakat yang tidak mahu melihat Unit Tahfiz berkenaan ditutup.
 
Katanya, sebarang keputusan mengenai penjualan unit tersebut akan diumumkan pada bulan depan dan tempoh empat bulan diberikan kepada pelajar dan guru untuk membuat persediaan.
 
“Untuk menutup pusat tahfiz ini bukannya hari ini cakap esok tutup. Pelajar di sini mempunyai keluarga dan kita kena beri masa untuk keluarga mereka mencari sekolah lain.
 
“Begitu juga dengan 25 kakitangan di unit tersebut. Jika berlaku penutupan, notis akan diberikan dalam tempoh empat bulan bagi membolehkan mereka membuat perancangan. Apa pun keputusan kena tunggu dulu,” katanya. 
 
Menurut beliau, sekiranya hasil perbincangan yang dilakukan tidak menunjukkan perkembangan positif, maka keputusan untuk menjual unit berkenaan terpaksa diteruskan.
 
“Jika jadi (jual), kita akan serah kepada pihak lain untuk uruskan. Keputusan awal untuk menutup salah satu unit ini terpaksa dilakukan bagi menyelamatkan unit-unit lain.
 
“Namun jika ada pihak yang mahu tolong, kami alu-alukan dan akan teruskan operasi seperti biasa,” katanya.- 11/7/2018 
 
 
 
 
 
 
Kurang dana…Ustaz Kazim sahkan nak jual Unit Tahfiz Pusat Pendidikan Al-Barakah
 
 
Bayangkan bukan sedikit.Sekitar RM150,000 diperlukan setiap bulan diperlukan bagi menampung kos keseluruhan Unit Tahfiz Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi yang dikendalikan oleh pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias.
 
Kini sudah tersebar unit berkenaan yang menempatkan 100 pelajar hendak dijual.
 
Iklan dalam laman Mudah.my sejak 7 Julai lalu harga jualan diletakan RM5 juta.
 
Pada Selasa Ustaz Kazim pihaknya terpaksa membuat keputusan tersebut setelah tidak mampu lagi menampung kos pentadbiran Unit Tahfiz berkenaan.
 
Menurut beliau selain Unit Tahfiz, kompleks itu turut mempunyai Tadika Nurul Barakah dan Pengajian Pondok (dewasa). 
 
”Bagaimanapun, saya hanya menjual Unit Tahfiz ini sahaja seperti yang diiklankan.“Saya terpaksa membuat keputusan ini setelah memikirkan nasib guru dan pelajar. Penjualan ini dilihat dapat menampung kos pentadbiran dua unit lain,” katanya.
 
Ustaz Kazim menjelaskan sejak Pilihan Raya Umum Ke-14  pendapatan membiayai pusat ini semakin berkurang kerana kekurangan jemputan ceramah malah, banyak juga pihak yang menjemput telah membatalkannya seolah-olah seperti ada halangan kepada mereka.
 
“Saya sayangkan pusat ini, tetapi masa hadapan dan pendidikan agama penuntut di situ lebih penting. Itu sebab saya terpaksa menjual unit tahfiz itu,” katanya.- 10/7/2018
 
 
 
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 571  tetamu dalam talian