21November2017

Pembantu khas ADUN DAP ditahan kes cabul pelajar

Pembantu khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong,Pulau Pinang dari DAP ditahan polis Khamis malam bagi membantu siasatan kes cabul seorang pelayan sebuah pusat hiburan di Georgetown Khamis minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata lelaki berusia 40han itu akan di reman pada esok Jumaat.

Katanya dia ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes itu.

Menurut Anuar polis sudah ambil keterangan darinya dan juga mangsa cabul yakni seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta berusia 21 tahun.

Mangsa mendakwa dicabul suspek di tempat letak kenderaan pusat hiburan berkenaan.

Suspek didakwa memegang dada dan kemaluan mangsa sebelum menawarkan sejumlah wang kepadanya.- 13/7/2017


PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 537  tetamu dalam talian